6/13/11

SiGigiBiruPenghubungSemua

Tentu semua tertanya-tanya apa kah itu gigibiru yang menghubungkan semua,kn? Si gigibiru tu ialah Bluetooth yang mana sangatlah amat penting bagi semua orang. Dengan adanya gigibiru tulah orang semua boleh bagi-bagi lagu,kn? Dengan gigibiru tulah orang semua dok asik nk menyebarkan benda-benda yang tak elok seperti video biru yang amat mengaibkan orang lain. Huhu. Dengan gigibiru tulah semua orang dok leka menunggu keaiban-keaiban tu semua bertukar tangan. Maka, janganlah terlalu excited bile hand phone anda ada si gigibiru tu sebab gigibiru tulah dunia ni makin binasa dek dikerjakan oleh akhlak-akhlak manusia yang semakin goyah ini. Memang aku pun pakai gigibiru jugak kadang rasa bagus ada gigibiru ni tapi bila difikir-fikirkan balik, baiklah dunia ni tak ada gigibiru tu. Hanya menyusahkan orang lain sahaja. Jadi berwaspadalah dengan si gigibiru tu.. (*_-) winkwink!!

No comments:

Post a Comment

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.