6/14/12


LETAK LAGU

Hye semua..ok, ri ni akk akn ajar korg letak lagu dalam blog korg tuh yea..(*especially for newbie)
Ok, cuba ikot akk dari step 1 ni ok

STEP 1
Memule korang pegi dekat link ni 'GRATISAN MUSIK' pastu korang akan jumpa page mcm nih

Korang akan jumpa benda alah ‘link-link lagu’.. ha, dari situ korang pilihlah link lagu jenis apa yang korang suka..kalau akk,akk prefer pilih Lagu Malaysia

STEP 2

Lepas siap tuh, korang akan jumpa 3 kotak.                    I) Pilih Lagu A-N
                                                                                      II) Pilih Lagu O-R
                                                                                      III) Pilih Lagu S-Z
Ok, huruf-huruf tuh semua untuk NAMA ARTIS tau. Done. Ok, tadi akk pilih Lagu Malaysia kn..Akk pilih lagu Sleeq-Cun. macam bawah ni. 

Setle.

STEP 3

Bila dah pilih lagu, dia akan keluar macam ni. 

Korang Nampakkan ada kod bawah ‘GHUCY MUSIC’ tu. Ok, sekarang tekan Ctrl +A tok select ALL. After that, tekan right klik untuk copy. Boleh tengok contoh tu yea  (:

Ok, STEP 4 ni agak tricky sikit. Bungkangkan mata bulat-bulat yea.. :D



STEP 4
Bagi yang guna blogskin tuh, cuba tengok ada tak icon lagu atau music dekat situ. Ok, kalau ada, silalah masuk template anda dan tekan Ctrl +F. After that, cari perkataan ‘MUSIC’ dan yang sewaktu dengannya. Macam yang dekat gambar ni.
Tadi korang dah copy kod ‘Gratisan Music’ tuh kan pastu korang pastekan saja dekat bawah perkataan yang korang cari tadi. Jangan lupa preview dulu sebelum save tau. Dah puas hati? Ok, baru tekan save and dah boleh View Blog korang tu.

*Faham tak tutorial yang ni? Kalau faham, korang jangan lupa tionggalkan jejak kaki kat sini yea. Kalau tak faham, ada soklan atau pun tak menjadi, boleh bagitahu akk tau..mana-mana tahu akk boleh tolong. Jadi, SELAMAT MENCUBA..!! (:

4 comments:

  1. nice....tapikan aku mmg x suke blog yg ada lagu... :)

    ReplyDelete
  2. haha..if xsuka ada lagu pown ok ape..cuma nak share info je :)

    ReplyDelete

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.