11/18/13

Kisah sebenar VILLA NABILA di JOHOR




Hola semua..! Ha, tetbe aku terpanggil pulak nak update pasal VILLA NABILA kat Johor tu.. Ni aku dapat dari wechat bakal sister-in-law aku lah.. Jom baca kisah dia..

"Info terkini dari member kepada member yang berada dilokasi.."


Ini mengikut dari keterangan salah seorang mangsa yang terselamat dari 30 orang..
"Aku ada sekali kat sana tadi masa dak tu kena recording dengan wartawan :-

-"Sekumpulan remaja lelaki dan perempuan buat satu event untuk overnight dekat VILLA NABILA tu.. Diorang berkumpul dekat cs petang Sabtu yang lepas yang mana kemudian diorang berjalan kaki ke villa tu ikot jalan belakang.. Masa diorang terjah villa tu, salah seorang budak perempuan dari group diorang terjumpa satu barang berupa kotak kecil.. Yang silapnya, budak perempuan tu boleh amek benda tu dan simpan .. Tak lama lepas tu, budak tu pun kena rasuk.. Apa lagi, 1 group tu pun terus bawak budak perempuan tu keluar dari villa pergi berkumpul dekat kawasan lapang berdekatan villa tu.. Mereka cuba minta tolong dekat area banglotu tapi langsung tak dilayan.. Apalagi, budak-budak tu pown bawaklah kawan diorang tu pergi masjid yang berdekatan..Lepas budak perempuan tu dah pulih, diorang pun ambil keputusan nak pergi pulangkan balik kotak tu.. Tapi, tak semua yang setuju.. 7 daripada 30 orang dari budak-budak tu lari bali.. Selebihnya masih gak berdegil nak patah balik ke villa tu.. Akhirnya, sampai sekarang diorang tak keluar-keluar daripada villa.."

* Sumber : UNKNOWN source 

p/s : Tak tahulah kesahihan cerita ni.. Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.