12/28/13

Sedih..Aku sedar aku bukan blogger FEMES..!!!



Assalammualaikum

Hai semua..huhu.. Ntah kenapa sejak dua-menjak ni cepatnyelah terasa hati mak jah ni.. Yela, bukannya apa.. Aku sedar yang aku ni bukanlah blogger yang hebat-hebat and selalu nak update entry sebab aku bukannya tiap masa ada idea nak update,iyedok? Besides dgn keadaan aku yang masih lagi belajar lagi-lagi pada last sem ni membuatkan aku menjadi semakin bz dgn hidup aku,dengan bisnes aku,dengan nak fikir nak kumpul duit utk kahwin celah bedah mana.. Tapi,aku tak jadikan tu alasan untuk aku STOP berblog ni.. Selama 5 tahun aku berblog ni,banyak kisah suka duka aku tulis dekat dalam ni cuma sejak 2-3 tahun ni je baru aku berjinak-jinak nak bagi orang baca blog aku,kenal aku sebagaimana diri aku..

Tapi,bukan ni yang aku nak ceritakan.. Tetibe aku terfikir nak undurkan diri dari dunia blog ni.. Sebab apa? Sebab aku semacam agak 'touching' dengan para blogger lain.. *maaf jika aku bercakap* Yela, mungkin aku ni blogger cikai-cikai je yang tak berapa nak aktif dalam dunia blog ni macam dua (2) pupu aku yang juga seorang blogger femes *aku taknak nyatakan siapa*.. Mana taknya.. Yela, aku anjurkan GA macam blogger lain jugak tapi cuma seorang je yang interested nak join GA aku..Bukannya aku tak offer hadiah ke ape.. Aku anjurkan GA ni pun sebab aku nak korang baca penulisan adik aku.. Sebab adik aku tu, she's a good writer but no one ever notice her.. So, aku fikirkan bila aku anjurkan GA ni,korang bolehlah baca dan atleast hargai *maybe* karya adik aku tu.. 

Mungkin korang akan cakap aku yang over sensitive sebab takde orang yang nak join GA aku but YES! now im over sensitive.. Besides, dekat fan[age dan blog aku memang ramai yang follow dan like tapi itu pun sebab aku jadi sponser untuk blogger femes.. Now, I can see kenapa sesetengah blogger yang undur diri dari dunia blogging ni.. Seriusly aku ckp, aku blogging bukan untuk femes but aku blogging just for me too express the way i am.. 

Tapi takpelah kan.. Itu semua hak korang memasing.. So, have a nice day uolls..

p/s : Jika pada 29.12 still takde yang join lagi, automatically GA akan terbatal..maaf pada yang join tu.. ^_^
Maybe next time if ada rezeki.. Apapun aku tetap syg blogging world..

10 comments:

  1. @Syazwani Afandiboleh join kat sini dear ^_^
    http://azyanramle.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-by-azyan-raihana.html

    ReplyDelete
  2. lah... jangan mudah mengalah.... cuba extend segmen tu. kak mia baru join pagi tadi..

    p/s: nape kak mia xleh komen kat segmen bloglist #6 tu? huhuhu.. dah banyak kali refresh.

    Salam, terima kasih kerana sudi join Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com

    Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2013. Good luck.. (^_^)

    ReplyDelete
  3. Sis..harap sis dapat teruskan berblogging..apa yang saya dapat katakan..kita kena jadi rajin..rajin komen entry2 diaorang..so,bagi pemilik blog yg tak sibuk mesti akan kunjung dkt blog kita balik..In Shaa Allah..femes tak femes itu belakang cerita..janji apa yang kita nak kongsikan bermanfaat untuk semua..Good luck yer sis..Maaf yer sis,baru datang sini..(:

    ReplyDelete
  4. Jangan la sedih.. Yan bwt GA pertama Yan pon tak dapt sambutan. Tapi alhamdulillah ade jugak yg join mase last minute :D

    ReplyDelete
  5. @Azyan Ramle Terima kasih kak mia.. tu lah,y itu problem tk thu nak fixed mcm mana dah..neway,tanx kak sudi bgtahu :)

    ReplyDelete
  6. @Mia Liana Huhu..tanx sis.. Makin bersemangat plak sy.. :)

    ReplyDelete
  7. @Liyana yan yeke?huhu..tanx yan..Ni yang makin membara semangat yan ni.. Mungkin kena slow-slow ^_^

    ReplyDelete

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.