1/30/14

“Giveaway World Hijab Day by Cahaya Kekuatanku”


Assalammualaikum semua.. Kali ni yan nak ajak korang join satu GA dr nurinzatti yang mana memberi kesedaran kpd semua blogger wanita tentang berHijab.. Hijab ni hanyalah separuh daripada definisi menutup aurat.. Dalam surah AL-A'RAAF, ayat ke 26 yang mana Allah telah berfirman, :


Yang bermaksud : "Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian hiasan dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)."

Tengok, dalam Al-Quran pun dah cakap WAJIB bagi lelaki dan perempuan untuk menutup aurat.. So, masing-masing dah besar,kan? Sila lah fikir didalam lubuk hati.. Mencari-cari salasiah yang katanya tersembunyi.. Ha,kan dah nyanyi ni.. Ingatlah, aurat tu lah nanti yang akan dibakar di NERAKA sana.. Jadi, marilah menutup aurat anda dengan berhijab wahai wanita ^_^

Oh, sebelum terlupa.. Hadiah yang yan suka sangat and hope sangat untuk dapat :
Shawl x 3 oleh Maznizam Adha
Tudung bawal x 2 oleh Syaz

Bolehlah tambah dalam koleksi yan lagi nanti.. Inshallah.. :)

5 comments:

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.