1/19/14

Kaki CopyPaste



Assalammualaikum semua.. Okay, tadi sajalah aku scroll dekat dashboard aku nak tengoklah enrti-entri best dr blogger-blogger ohsemm kan.. Scroll puny scroll then aku terjumpa satu (1) blogger ni.. Ad buat tutorial sama macam yang aku buat semalam.. Hati aku tiba-tiba terasa macam zuppp! So, aku bukak untuk baca dan damn, betul tekaan aku.. Ayat entri lebih kurang sama macam entri aku.. Aku bukak sebelah-sebelah untuk cek tiap ayat and betullah wei.. Banyak gak ayat aku yang diCopyPasta nye.. Aishh.. Aku tak marah kalau nak ambik tuto tu and buat mcm tuto sendiri, tapi atleast creditlah wei..

Opps.. Aku tak nak publish sape blogger tu.. Biar aku je sendiri yang tahu siapa dia.. Kepada blogger tu, hope sangatlah yea.. Kalau kau nak buat tuto yang sama dengan aku, ayat kau tolong ubah lain boleh tak? Ish, aku ni tak tahu nak cakap macam mana dah.. Sakit hati wei, bila orang ciplak idea kita.. Nasib baiklah gambar aku sume tu ada watermark.. Kalau tak, memang sejibik sebijiklah gambar aku sume kene kebas..

Dah lah.. Aku mls nk marah-marah.. Masing-masing dah besar,kan? Ada akal, guna dan silalah guna dengan sebaiknya.. Sekian, TQ

9 comments:

  1. lumrahhh..ada yg copy entry syira then boleh pula komen..syira yg copy entry dia..haha..mmg kelakar

    ReplyDelete
  2. @sYiRa LoKMaN yeke?wah2..mmg klakar sgt.. Diorg ni dah tkde idea sgt sampai nk copy entri org.. Yan nk kua tuto lagi pun dah takut da.. Padahal nak share ngn semua org.. Tapi bile jd cmni, jadi takut dah..hmm

    ReplyDelete
  3. @Muhammad Khairuddin Lim mmg dahsyat pown..skrg ni,mcm2 cara orang guna nak naikkan rank blog diorg..even walau kena copypaste entri org lain..huhu

    ReplyDelete
  4. Biasala tu.. sama2 bfikiran baik.. In Shaa Allah..

    ReplyDelete
  5. @Abak Lorong Cinta huhu..mslhye yan tk pena kena,abak..yan tkdelh bengang sgt kalau dy nak credit tuto tu kt diri dia sendiri,tapi ayat dia lebih kurang 80% sama ngn ayat yan..huhu..masih cuba bersngka baik lagi ni..tanx abak :)

    ReplyDelete
  6. Salam ukhuwah. Hm, xpa yan. Org yang buat mcm tu, xkan ada hasil dari kerja ciplak tu. Sabar ya.

    ReplyDelete
  7. @Phoebe betul tu phoebe.. biasalah orang yang nak nama ni,kan..

    ReplyDelete
  8. lumrah kehidupan dik.. ni baru kat blog, kes akak seller plak yg copy paste ayat akak promo.sungguh Sadis.. now dah kna block.. tapi ayaat kat blog boleh right klik (dilarang copy)

    ReplyDelete

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.