5/23/14

Alhamdulillah.. Selangkah je lagi

Assalammualaikum uolls.. Huaaa..Lamanye yan tak update dekat sini,kan? Maaf sangat-sangat sebab takde entri baru lately ni.. Yan nak ucap TERIMA KASIH sangat pada yang sudi singgah Tanah Kedaung yan yang tak seberapa ni.. Lately ni yan sangat-sangat-sangat lah bz..Sebabnya? Jengjengjeng.. Sebabnya ada kene-mengena dengan tajuk entri kali ni.. Gapo dio?hehe.. Sila tarik nafas panjang-panjang yea adik-adik,abang-abang,kakak-kakak semua.. Saja nak SHARE je tau yang actually I'm officially ENGAGED!!!!!! yeay..!!tepuk tangan beramai-ramai *macamlah ada orang nak tepuk,kan*huhu.. Okay,jom tengok detik-detik indah ni.. (cuma nak share bukan menunjuk yea)





nampak tak ketembabmaman muka yan tu? Huhu.. Ni je lah pic yang dpt yan share kan sebab pic yang lain dlm hp yan yang hilang tu.. sobsobsob.. Sedey,kan? Takpelah, sebab Allah tahu apa yang TERBAIK untuk umatNya.. Mungkin ada hikmah disebalik kehilangan fon yan tu.. :) So,tq sebab sudi baca.. Heee :D

3 comments:

  1. Fuyooooo..... ciap ade akta2 bagai...

    tahniah yunk...setapak lg untuk ke jinjang pelamin ^_^

    ReplyDelete
  2. @♥♥ Nur ♥♥ hehe..trpakse buat mcmtu sis.. :) huhu..tq sooo much <3

    ReplyDelete

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.