5/21/13

10 penyebab kanser..!


hye olls..jom tengok apa makanan yang boleh sebabkan kanser..

1. GMO (Genetically Modified Organisms)
Makanan ubahsuai genetik ini memang sudah diperkatakan berulangkali akan potensi nya untuk mengakibatkan penyakit. Apatah lagi dalam keadaan sekarang, hampir kebanyakan makanan seperti soya, dan jagung juga dipercayai hampir 98% adalah terdiri daripada hasil GMO. Sebagai alternatif, jika anda pengguna tegar bahan-bahan tadi, boleh lah beralih kepada tanaman asli, organik dan yang diperakui akan hasilnya.

2. Daging Proses
Kebanyakan daging proses sama ada daging dalam tin, sosej atau hot dog, mengandungi bahan pengawet untuk membantu mengekalkan rupa segar daging tersebut. Tetapi dalam masa yang sama juga boleh menyebabkan kanser! Sebagai alternatif, pastikan daging pilihan anda jenis yang tidak dirawat menggunakan nitrat ataupun datang segar dari ladang.

3. Microwave Popcorn
US Environmental Protection Agency (EPA) telah mengenalpasti bahawa asid perfluorooctanoik (PFOA) yang terkandung dalam beg popcorn tersebut mengandungi bahan karsinogen yang boleh menyebabkan kanser. Selain itu bahan kimia yang terkandung dalam popcorn itu sendiri juga boleh mengakibatkan kerosakan paru-paru dan juga kanser.

4. Pop Soda
Seperti daging yang diproses, pop soda juga dikatakan boleh menyebabkan kanser. Padat dengan gula, bahan kimia dan pewarna, pop soda boleh mengasidkan dan secara tak langsung membuka laluan untuk sel kanser. 

5. Makanan/Minuman "Diet"
Satu kajian saintifik yang dilakukan oleh European Food Safety Authority (EFSA) mendapati bahawa terdapat lebih daripada 20 kajian yang berasingan telah mengesahkan bahawa aspartame, pemanis tiruan boleh mengakibatkan penyakit seperti kecacatan kelahiran dan juga kanser. Sacharin, Suklarose (Splenda) dan pemanis tiruan yang lain juga dikatakan boleh menyebabkan kanser.

6. Tepung Putih Halus
Satu kajian yang dikeluarkan dalam Jurnal Cancer Epidemiology, Mile Markers and Prevention mendapati bahawa penggunaan berterusan karbohidrat halus boleh meningkatkan sehingga 220% potensi kepada kanser payudara dalam kalangan wanita. 

7. Gula Halus
Gula halus juga dikatakan menjadi penyumbang kepada peningkatan bahan karsinogen dalam badan. Pengambilan gula halus secara tak langsung dapat meningkatkan penghasilan insulin dalam badan sekaligus boleh menjadi penjana kepada pertumbuhan sel kanser.

8. Buah-Buahan Bukan Organik
Pengambilan buah-buahan yang tidak organik juga mendedahkan seseorang kepada risiko kanser. Ini kerana buah-buahan tersebut telah dicemari oleh baja dan racun serangga yang berlebihan, sehingga memindahkan kandungan toksin yang banyak ke dalam tubuh si pemakan. 

9. Salmon Yang Diternak
Menurut Dr David Carpenter, Pengarah Institute for Health and Environment di University Albany, ikan salmon yang diternak bukan sahaja kekurangan Vitamin D, tetapi juga tercemar dengan bahan karsinogen, PCB (polychlorinated biphenyls), racun serangga dan juga antibiotik.

10. Minyak Hydrogenated
Selalunya minyak ini digunakan sebagai bahan pengawet bagi membuatkan makanan tahan lebih lama. Namun kehadiran minyak ini sebenarnya mengubah struktur sel membran dalam badan, sekaligus membuka peluang kepada pelbagai jenis penyakit untuk singgah termasuklah penyakit kanser.

haaa...dah baca,kan?apa lagi..makan tu intai-intai sikit..jangan main tibai je,okay.. ^_^

3 comments:

  1. oooo..tips nak nasihat yang sangat bguna...tapi kadang2 ni suka sngat mkan bnda2 mcam tue walupun thu bbahya...nafsu2..

    ReplyDelete
  2. Tips dan nsihat yang sngat bguna..
    kadang2 kita tahu jer mkanan tue bbhaya tapi kita makan jgak...hehe..nafsu2

    ReplyDelete
  3. @Abak@Pedamba Cinta Penuh Mahabbah haha..tahu takpe abak..selalunya mmg mcm tu lah..asyik nk kenyangkan nafsu tapi penyakit in coming tu kita sendiri lupa..haha

    ReplyDelete

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.