5/21/13

Afiq Muiz dedah sms yang diterima dari ibunya


hye uolls..ha,nak gosip kejap je okay.! nak cite pasal Afiq Muiz ni..ala,yang retis tu..ala,retis baru-baru nak up nama dia tu lah..tak kenai gak?tengok gambo comey bin lotei ni..gerenti kenai,..



haaa..kenai dah?okay, baru-baru ni jadi kontrobesi lah pulak cerita adik kita sorang ni..aku malaslah nak ulas banyak-banyak..tp apa yang mampu aku cakapkan kepada adik Afiq Muiz kita ni ialah, "awak tu retis takdalah meletops sangat dik non oii.. bukan jejak-jejak kaki kat bumi ni ko terus jadi retis..no,no,no,no okay..ingat satu benda, dalam ISLAM sendiri pown ada cakap, 
"Baik buruk seorang wanita yang bergelar ibu itu, apapown yang jadi,dia tetap ibu kita"
ingat dik non.. dalam ISLAM sendiri pown ada sebut :

"UMMI,UMMI,UMMI,ABI"
so,walau macam mana sekali teruk pown ibu awak tu maki awak, awak TAK ADA HAK, dengar lagi sekali, TAK ADA HAK langsung nak mengaibkan ibu awak..ingat, awak tu anak lelaki..dah ada bini nanti pown SYURGA awak tetap dibawah telapak kaki ibu..kalaupun ibu awak ada buat something yang awak tak suka, tak kesah atas alasan apa pown, awak kene ingat,ibu awaklah yang kandungkan awak 9 bulan 10 hari..ibu awaklah yang tahan berjam-jam dalam bilik bersalin semata-mata nak bagi awak tengok dunia ni..

wahh,,panjang pulak mukodimah kali ni..maaflah,bab-bab ibu dan ayah dan family ni sangat-sangat-sangat lah sensitif pd aku..aku tak baik mana pun,biasalah manusia tapi walau mcm mana pown,aku SAYANG sangat kat ibu aku.. aku tak pernahlah terfikir nak aibkan ibu aku dengan biarkan seluruh MALAYSIA tengok aib ibu aku sendiri..so, buatlah solat taubat yea adik Afiq Muiz doalah MOGA-MOGA ALLAH ampunkan dosa kau dekat ibu kau tu..kita mati ni tak tahu bila..jangan nanti tak sempat nak mintak ampun pulak..
p/s: aku taknak sebelahkan sesiapa tapi IBU tetap IBU, dunia akhirat..
p/s/s: sorri kalau entry aku ni terkasar sangat..kadang manusia yang diatas kene disedarkan oleh manusia yang dibawah jugak  ^_^
p/s/s/s: tolong jangan BASH aku okay.. sekian,tq



No comments:

Post a Comment

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan

Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—

(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—

(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii) memulakan penghantaran,

apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,

adalah melakukan suatu kesalahan—

(2) Seseorang yang secara sedar—

(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),

adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.