‘NYA’
tidak semua yang kita impikan menjadi kenyataan,bukan? Begitu jugalah aku. Sepanjang hidup aku, aku masih belum temui apa yang aku impikan. Setiap orang pasti ada impian bukan? Aku juga ada impian yang mana impian aku itu hanyalah menjadi kenangan dan tidak akan dapat direalisasikan lagi.pasti semuanya tertanya-tanya apakah impian aku itu bukan? Cuba kita berfikir sejenak mengenai topik aku ni. Cinta,apakah yang dimaksudkan dengan cinta? Benar,kini aku di alam percintaan. Aku asyik dengan percintaan aku ini namun adakah percintaan baru ini dapat mengatasi cintaku yang lama dan telah pergi jauh untuk selamanya? Setiap malam aku dihantui dengan kenangan aku bersama ‘nya’ dan setiap malam aku meratapi pemergiannya. Benar, adalah tidak baik jika aku begitu, hanya menyiksa ‘nya’ di sana namun hati kecil mana, akal fikiran mana yang dapat melupakan semua itu? Mungkin benar aku dengan ‘nya’ tiada jodoh, mungkin benar aku dengan ‘nya’ tidak ditakdirkan bersama namun mengapa ini yang harus aku lalui tika ini? Kenapa di saat ini aku merasakan bahawa aku hanya mengecewakan diri sendiri? Aku menyalahkan diri aku sendiri kerna tidak hadir di saat-saat terakhirnya. Aku akui aku menyalahkan diri aku kerna tidak memaafkannya tatkala ‘nya’ memohon kemaafan daripadaku. Ah! Aku dan egoku hanyalah gambaran wajah aku yang kekecewaan. Aku dan egoku hanyalah secebis bingkisan kenangan yang aku hidup bersamanya. Pernah aku berfikir, mungkin aku ini tidak layak untuk ‘nya’, mungkin aku ini tidak sehebat seperti yang diharap ‘nya’. Namun egoku mengatasai segalanya. Egoku hanyalah gambaran kekecewaan yang menjelma didalam hati. Marahku ini tidak bertempat. Jika boleh tika itu aku mahu berjumpa ‘nya’ ,memeluk ‘nya’ ,bergurau senda dengan’nya’ kembali, namun hati yang terluka ini menambahkan rasa kebencian aku terhadap ‘nya’. Mengapa aku begini? Kerna ‘nya’ adalah impian aku bermulanya saat aku bersama ‘nya’. Aku redha dengan pemergiannya namun aku akan tetap menyalahkan diri ku ini di atas keegoan yang mengatasi akal fikiran aku kala itu. Maafkan aku. Tatkala bergemanya lagu ‘Tanpa’ nyanyian 6thsense aku termenung sendirian. Ini lagu kita. Disebabkan ‘nya’ menyukai serta memuji aku menyanyikan lagu ini menyebabkan aku menyukainya. Ah, begitu banyak kenangan kita dalam masa 3 tahun ini. Hubungan kita bukan seperti orang lain. Hubungan kita hanya kita yang dapat tafsirkan. Tatkala aku mendengar pemergiaan ‘nya’ itu, jatuh terduduk aku menahan esak air mata. Aku gagahkan kaki memandu ke rumah rakan-rakanku yang setia. Aku menangis pada mereka,hanya mereka yang mengerti akan perasaan aku tatkala itu. Betapa ‘nya’ begitu bermakna didalam hidupku. Ampunkan aku kerna tidak hadir di saat terakhirmu itu. Aku bimbang jika kehadiran ku ini hanya akan menambahkan lagi kebencian serta luka di hati insan yang bergelar mama ‘nya’ itu. Biarkan aku menangisi rasa ini,biarkan aku hidup di dalam kenangan ‘nya’ ini. AMPUNKAN AKU...