Luahan Hari Ini
Assalammualaikum olls.. Tengah mood nak blogwalking.. Tinggalkan link korang dekat bawah

7/14/14

Jom Tolak DOSA di bulan PUASA! *part 1*



Assalammualaikum n happy Mondays blues untuk semua!! Okay,baca kan entri yan kt atas tu? So, hari ni yan nk update sikit psl Dosa dan Puasa..

Okay, definisi puasa yang sangat GENERAL ialah menahan lapar dan dahaga,kan? Tapi korg tahu tak yang sebenarnya PUASA ni lebih drpd sekadar menahan LAPAR dan DAHAGA? Dari segi istilahnya, puasa ialah menahan diri drpd lapar dan dahaga serta mengawal hawa nafsu dlm segala mcm bentuk dr terbit matahari sehinggalah terbenamnya matahari.. Ha,nampak macam simple tp sbnrnye susah tau nak praktikkan..

Okay, apa yang dikatakan dgn mengawal hawa nafsu? Bukan nafsu pd makan shj,itu nafsu Lahiriah.. tp kita kena mengawal hawa nafsu bg batiniah juga.. Hope yang ni korg fhmlah sikit.. Okay,sambung..

Korang pena trpk tak yang sebenarnya korg slalu buat dosa-dosa kecil ni? Dosa kecil kalau dikumpul lama-lama boleh jd besar tau.. Jom tengok apa antara DOSA-DOSA kecil yang kita selalu buat tp kita tak pernah perasan..

1) Kita nampak seseorang tu berpakaian pelik,contohnya memakai purdah.. Secara AUTOMATIKnya kita mesti terdetik dalam hati, "ish,pakai purdah.. Peliknya.." (atau ayat seumpama dengannya) Ha... Tak ke dah dpt dosa kecil free kat situ? Sebabnya kita menghukum sesuatu ciptaan Allah yang walaupun buatan manusia tp dipandang tinggi darjatnya oleh Allah swt

2) Buang sampah merata-rata.. Ini kita selalu buat tanpa kita sedar pown.. Kdg2 kte dlm kereta, ad tisu yang dah kotor, AUTOMATIK kita akan buka tingkap n buang tisu tu ke luar.. See?? Benda simple tu pown kita tak sedar..

3) Nampak tapi buat-buat tak nampak.. Apa yang yan maksudkan? Okay,tak payah pergi jauh-jauhlah.. Kita nampak ad sampah dekat atas jalan raya atau lantai and kita pown dgn selambanya buat dunno mcm kita tak nmpk.. Haaaa.. Tu pown dah jd dosa kecil uolls.. Sebabnya kita tak amanah dgn Allah.. :)

4) Kedekut.. Okay,ni selalu diri kita sndr tk perasan,trmasuklah yan.. Kdg kita pergi jalan-jalan n kita terjumpa duit RM0.10.. Kita pon kutip and simpan dlm poket kita walhal duit tu bukan hak kita.. Lepas tu kita takda niat nak sedekahkan duit tu dekat mana-mana masjid atau fakir miskin.. Kita simpanlah duit tu untuk kegunaan kita sendiri.. See? Mana tang kedekutnya? Baca balik uolls.. Tang kedekutnya bila uolls jumpa duit tu n uolss simpan duit tu untuk diri uolls sndr.. Kedekutlah tu sbb uolls tkde niat nak sedekahkn balik duit tu seperti yang disyariatkan dalam Islam..

Uolls.. Nampak tak? Sekecil-kecil benda,if kita dah selalu and terbiasa buat,benda tu jd tabiat.. Benda kecil mcm tu lh yang buatkn terjadinya dosa-dosa kecil yang menyumbang kpd dosa-dosa besar.. Huaaa.. Penatnya perah idea.. Okay,yan stop kat sini dulu untuk PART 1.. Nantikan sambungannya dalam PART 2.. (nk cri ide lebih sikit untuk di share)

**Uolls..Yan minta ampun,minta maaf kalau ada yang terasa dgn penulisan yan ni.. Sesungguhnya yang baik itu datangnya drpd Allah dan yang buruk itu drpd yan sndr..* Wallahuallam**

p/s : Jemput join GA yan GA Raya SPECIAL.. Ada minuman Ephyra dan novel serta banyak hadiah MISTERI menanti anda.. :)

3 comments:

fadhil eda said...

done follow sini

Iola said...

heee nice :D
http://iolacaviarofficial.blogspot.com/

Muhammad Khairuddin Lim said...

done follow anda...