Selamat pagi semua! Ha,mcm yang yan janji dekat page yan tadi akhirnya yan pun melepaskan entri ini bagi tatapan semua.. Hehe.. Okay, mood nak story mory ni pun datang dengan tiba-tibanya petang tadi masa hangout dengan adik-adik yan..
Okay, masa sekolah dulu dari Form 1 sampailah Form 3, yan sekolah biasa dekat Sekolah Menengah ****** ****.. Masa time tu memang yan aktif sangat, dengan bola baling, pengawas, Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan banyaklah aktiviti2 luar.. Semuanya kalau boleh memang yan join pun termasuk camping samada dekat sekolah atau pun dalam hutan.. Yan minat camping ni start dari sekolah rendah lagi sebenarnya.. Okay, nak dipendekkan cerita, dulu kalau suruh yan jungle tracking sorang-sorang dalam hutan pun yan berani tau.. Tapi sejak kejadian tu, hanya Allah je yang tahu macam mana yan jadi seorang yang lemah semangat..
Masa yan Form 4, yan masuk Sekolah Teknik ***** ***** dekat Perak.. Bermula daripada situlah yan jadi seorang yang sangat cepat lemah semangat..
Alkisahnya bermula semasa yan Form 4.. Semuanya bermula dengan pergaduhan yan dengan ex-roomate (yang yan sangat rapat) akibat daripada salahfaham yang yan sendiri pun tak tahu puncanya.. Then, after 'that fight', malam tu kitorang pergi preplah macam biasa.. By that time, I know that certain people tak suka yan sebab pada semua yan ni jahat.. But its okay with me lah kan.. Okay, masa prep tu something had happen to me and yan would never thought about it.. Siapa sangka, budak yang kononnya berani macam yan ni boleh kena HISTERIA??!! Oh man,seriously yan takkan lupa..Its starts bila yan pergi jenguk kawan yan tu dekat kelas lain and suddenly yan mengamuk.. Around that yan tak ingat sangat apa yang jadi tapi apa yang pastinya yan nak terjun bangunan sekolah 4 tingkat tu! Oh my! Nasib kawan-kawan yan ada dekat situ but I dont certainly remembered lah.. Yang yan ingat, yan memang ada nampak 1 rumah yang cantik warna putih pastu ada 1 path away dihiasi dengan bunga..Cantik sangat rumah tu and ada seorang perempuan cantik melambai panggil yan balik.. *ish,goosebumps pulak masa taip cerita ni*
Yan asyik cakap nak balik je padahal rumah yan dekat KL..So,how come lah,kn? Then yan tak berapa ingat apa yang jadi and yang yan sedar, kawan yan, Ida pimpin yan balik dorm lepas habis prep dan badan yan sangat lemah.. Hanya Allah je yang tahu macam mana yan rasa masa tu.. Tapi alhamdulillah takada apap-apa yang jadi masa tu dan yan sangat berterima kasih dekat kawan-kawan yan..
Huh,penat bercerita.. Ni baru part #1 kisah yan and ini baru permulaan je.. Nanti yan sambung kisah untuk part #2 yea.. Tungguuuuuu..
No comments:
Post a Comment