Luahan Hari Ini
Assalammualaikum olls.. Tengah mood nak blogwalking.. Tinggalkan link korang dekat bawah

2/10/14

Anonymous-DIE!


Assalammualaikum olls.. Okay, tiba-tiba aku buat tajuk ni kan sebab terbaca entri sis Yumida Huda pasal anonymous ni.. *Applause* sebab sis is my inspiration nak buat entri ni.. Huhu.. Okay, meh aku bagi korang baca akta yang dah dikeluarkan oleh SKMM ni.. So, anonymous, bersedia untuk 'DIE'.. Hahahahaha ^_=

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
BAHAGIAN X - AM Bab 2 - Kesalahan Dan Penalti Tambahan
Seksyen 233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.
(1) Seseorang yang—
(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—
(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan
(ii) memulakan penghantaran,
apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau
(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,
adalah melakukan suatu kesalahan—
(2) Seseorang yang secara sedar—
(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau
(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),
adalah melakukan suatu kesalahan.
(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

So, bagi yang anonymous.. Jangan ingat orang yang tulis entri/article dlm blog diorang ni cikai-cikai yang sewenang-wenangnye korang nak pijak-pijak bagai.. Blogger ni semua buat research sebelum publish entri diorg.. PLEASE, sebarang kata-kata indah dan bermadah korang tu, para blogger ni boleh buat aduan dan detect uolls ni dtg dr mana.. Secara klisenye, boleh tahu jugak sape uolls ni.. So, jagalah setiap perbuatan dan kata-kata anda sebab bloggers ni pown manusia jugak,okay.. Akhir kata, majulah blogger untuk Malaysia!.. Heeee