Luahan Hari Ini
Assalammualaikum olls.. Tengah mood nak blogwalking.. Tinggalkan link korang dekat bawah

11/27/13

♥♥ TIGA artis dihukum penjara ♥♥



Seoul: Tiga aktres Korea Selatan dijatuhi hukuman penjara kerana menyalah guna propofol, ubat sedatif dan bius yang menjadi penyebab kematian ikon pop Amerika Syarikat, Michael Jackson, kata seorang pegawai mahkamah semalam.

Park Si-Yeon, Lee Seung-Yeon dan Jang Mi-In-Ae didakwa Mac lalu kerana mengambil ubat preskripsi untuk bukan tujuan perubatan.

Ketiga-tiga mereka didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Pusat Seoul kelmarin dan menerima hukuman penjara lapan bulan, ditangguhkan selama dua tahun, kata jurucakap mahkamah kepada AFP. 

Sedatif kuat

Propofol adalah sedatif paling kuat yang biasanya digunakan sebagai ubat bius. Ia mengurangkan ketakutan dan memberikan ketenangan tetapi boleh menyebabkan seseorang mengalami halusinasi.

Korea Selatan mengklasifikasikan ubat berkenaan sebagai ubat psikotropik dua tahun lalu, menjadikan ia haram untuk digunakan selain daripada untuk tujuan rawatan yang memerlukan bius, seperti endoskopi gastro-intestinal.

Propofol bewarna krim 
Park adalah seorang aktres terkemuka yang muncul dalam beberapa rancangan televisyen dan filem, menerima 185 kali suntikan milk shot yang mengandungi propofol berwarna krim mulai Februari 2011 hingga Disember tahun lalu.

Selain hukuman penjara yang ditangguhkan, beliau turut menerima denda sebanyak 3.7 juta won (RM11,227).

Lee, aktres terkenal dan juga hos rancangan bual bicara televisyen menerima 111 suntikan dalam tempoh yang sama manakala rakan aktresnya Jang mengambil 95 suntikan pada 2011 dan 2012.

Kedua mereka masing-masing didenda 4 juta won dan 5.5 juta won.

Ketiga mereka mengaku tidak bersalah sambil mempertikaikan suntikan terbabit adalah untuk tujuan pembedahan plastik dan dermatologi atau melegakan kesakitan akibat jadual kerja yang padat dan memenatkan.

Manakala seorang lagi penghibur terkemuka, Hyun Young, yang didakwa bersama trio aktres terbabit pada Mac didenda sebanyak 5 juta won (RM15,172) dan tidak dibicarakan.

Dua doktor didakwa memberikan preskripsi ubat berkenaan kepada aktres terbabit turut dipenjara selain dikenakan denda dan hukuman khidmat masyarakat.

Pada 2011, doktor Michael Jackson, Conrad Murray dipenjara empat tahun selepas didapati bersalah membunuh tanpa niat dengan memberikan penyanyi itu propofol selama dua bulan sebelum kematian serta pada hari kematian beliau, 25 Jun 2009. - AFP

**** Ha, dah tahu benda alah tu merbahaya pergi amik jugak.. Kang kalau kojol tak ke susah.. Manusia-manusia..

♥♥ Nilai perlu dibayar Rozita Che Wan & Zain Saidin ♥♥



Assalammualaikum uolls.. Cuba tengok tajuk tu.. Serammmm makaih.. Okay, ni keratan yang yan amek dari BH hari ni..

Che Ta, Zain terikat komitmen selepas dapat tajaan lebih RM3 juta, mahu tetamu ikut peraturan

Mencecah nilai tajaan jutaan ringgit, konsep persandingan dalam taman yang dilimpahi perhiasan dan persalinan mewah, menjadikan majlis perkahwinan pelakon sensasi, Rozita Che Wan, 40, dan Zain Saidin, 29, sebagai acara termahal dalam kalangan artis setakat ini.

Bagaimanapun, ada harga yang perlu dibayar Rozita dan Zain di sebalik kemewahan yang melimpah ruah itu. Apabila majlis perkahwinan mereka menjadi terlalu eksklusif, banyak syarat yang perlu dipatuhi tetamu. 

Antara syarat yang dikenakan pasangan pengantin ini ialah setiap organisasi media tidak dibenarkan merakamkan gambar mempelai. Sebaliknya, penganjur akan menyediakan khidmat fotografi dan gambar akan diberi sejurus majlis berakhir. 


Selain itu, disebabkan hak penyiaran majlis diberi secara eksklusif kepada Astro, stesen televisyen (TV) lain tidak dibenarkan membuat liputan. Jika mereka mahu menemu bual bakal mempelai, semuanya akan dilakukan pihak produksi Astro.

Stesen TV hanya perlu menyediakan soalan kepada Rozita atau Zain untuk diajukan oleh wakil produksi.

**** Mak oiii.. Ni kah nilai bayaran yang Che Ta dan Zain Saidin kena bayar sebab wedding diorang banyak kena sponsor? Sabarlah Che Ta dan Zain Saidin yea.. Ni lah nilai yang perlu uolls bayar sebab jadi artis FOFULer.. Nasib iolls tak jd RETIS jugak..haha.. Takpelah, jnji uolls bahagia yea tak Che Ta dan Zain Saidin? Neway, congrats sebab bakal menjadi yang halal antara satu sama lain.. ♥♥♥♥

11/26/13

♥♥ Wedding Rozita Che Wan kena tegur ♥♥





Hola uolls.. Semua sedia tahu kan yang Rozita Che Wan @ Che Ta akan melangsungkan perkahwinan dengan Zain Saidin 11/12/13 ni.. Memang cantik tarikh tu wooo.. Kalau aku pun, aku nak gak tarikh kawin  aku camtu.. Haha.. Okay2, aku bukan nak merepek pasal wedding aku tapi nak story pasal wedding Che Ta and Zain Saidin yang kabonye "Wedding of The Year" ni.. Kat sini, ada seorang penceramah bebas telah menegur mengenai upacara perkahwinan mereka.. Jom baca apa yang ditegur penceramah bebas ini..


- "Di mana keberkatannya sesebuah perkahwinan itu kalau sebelum kahwin, kita sudah membuat perkara yang dilarang Allah termasuk dalam hal pembaziran dan bermegah-megah ketika mengadakan majlis.
"Itu belum lagi dalam perkara yang seolah-olah menjadi trend sekarang bagi pasangan belum berkahwin untuk kononnya bergambar pra-perkahwinan sambil berpelukan dan berpegangan tangan,"kata pendakwah bebas, Zawiyah Hassan.
Menurutnya, hukum sebenar kenduri kahwin hanya sunat sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w iaitu mengadakan kenduri kahwin walau hanya dengan seekor kambing.


Demikian serba sedikit intipati yang dapat aku ketengahkan.. Yela, sejak mereka umumkan tarikh perkahwinan mereka, banyak pihak yang datang menghulurkan sponsor tapi Che Ta dan Zain Saidin tetap keluarkan RM300,000 dalam perbelanjaan perkahwinan impian mereka yang dianggarkan bernilai RM1.21 juta..


Makaih, terlebiak terbeliak biji mata aku ni nasib baik tak terjojol keluar.. Hahaha.. Daripada depa dok sponsor Che Ta ngn Zain Saidin tu kahwin sampai RM1.21 juta, baik depa sponsor aku kahwin yang pada aku tak smpai RM50,000 tu..haishh.. Bagi aku buat loan pun takpa, aku sanggup... Haha..Okaylah, pada Che Ta dan Zain Saidin, nasihat aku satu (1) je, walau macam mana pun wedding korang tu, buatlah mana yang terbaik korang rasa.. Terpulanglah kalau korang nak dengar or tak apa yang penceramah bebas tu cakapkan.. Teguran tu bukannya satu (1) hinaan atau pun saje-saje nak condemn korang sebab korang buat wedding of the year.. Tapi, teguran tu sebab orang masih sayang korang and sebagai umat Islam, adalah menjadi tanggungjawab kita sesama Islam untuk saling nasihat-menasihati.. Terpulang pada korang macam mana korang nak terima teguran tu.. Masing-masing dah besar, dah tua..*aku pun makin tua..hehe* So, fikirlah mana yang baik dan mana yang buruk.. Sepatutnya makin kita meningkat usia, kit makin matang.. Bukan melenting macam budak-budak bila ada yang menegur *nasihat untuk diri aku jugak*.. Ingatlah, orang sekeliling masih sayangkan korang sebab tu diorang tegur supaya korang dapat memperbaiki diri..
Hua,,banyak pulak aku membebel hari ni.. Haha.. So, moral of the story nye is korang tahu-tahulah sendiri yea.. Heee..


**** Aku hanya bagi pendapatan.. Maaf kalau cara aku tegur kat entry ni kasar sebab aku hanya menyatakan apa yang aku rasa je.. Pandang cermin dan fikirkanlah..
*** Poning eden mencari duit nak kahwin ni.. Hehehe.. Insyallah.. 

sumber : pilihan anda

"Love Giveaway By JohorGirl And Hana"


Assalamualaikum.
Pada hari mulia maal hijrah ni, hana dan johorgirl akan mengadakan satu giveaway yang dinamakan Love Giveaway. Kenapa love? Eheh saja. Giveaway ni boleh mengeratkan 'love' sesama blogger ^^ Join reramai. Hadiah gempak! ;) So...... apalagi. Jom join! :)




Syarat syarat penyertaan:
1) 100% WARGA MALAYSIA
2) Mempunyai facebook dan blog
3) Lakukan syarat syarat yang diberi
4) Jujur dalam melaksanakan syarat syarat
5) Buat satu entry bertajuk "Love Giveaway By JohorGirl And Hana"
6) Giveaway ini berlangsung pada 5/11 -12/12  
akan tamat pada pukul 11.59pm

 Like page dibawah . Senang korang cuma tinggal klik klik . Button telah
disediakan .

         

2) Follow blog pula 
     
 

3) YANG INI KALAU KORANG WAJIB BUAT TERLALU KENA BUAT .
CAN NAK MENANG LEBIH TINGGI . AKAN DICHECK !

- Like slh satu gmba produk EIMANEL's Doorgift
- Share gmba produk tsebut d FB SECARA PUBLIC



4) Twitter time! TAK WAJIB 
*hanya untuk siapa yang ada ye,siapa yang ada follow jeh jangan tipu.
PELUANG UNTUK MENANG LEBIH TINGGI INSYAALLAH

KHAIRUNNISA

HANA


HAH LEPAS DAH BUAT SEMUA SYARAT BARU BOLEH KATAKAN GEMPAK !
NENGOK HADIAH DEKAT LINK BAWAH NI .

SENARAI PESERTA

semua peserta akan mendapat voucher
RM6 di JOHOR WARDROBE !!


PEMENANG AKAN DIUMUMKAN 2 HARI SELEPAS TARIKH TAMAT .
TARIKH TAMAT JUGA AKAN DIUPDATE SEKIRANYA TERPAKSA
DICEPATKAN ATAU DILAMBATKAN .

11/25/13

♥♥ HERO tetap DIHATI ♥♥

Hola uolls.. Okay, kali ni aku nak sampaikan perkhabaran yang amat menyedihkan.. Uolls ingat lagi tak dengan HERO seekor kucing yang kehilangan kedua belah kaki depannya 8 tahun lalu.. Ala..tak ingat ke? Okay, meh aku cerita serba ringkas pasal HERO and PAPA HERO ni yea..
- Pada Mei 2005 2pm mcm tu, kebetulan PAPA HERO singgah katsatu (1) kedai runcit untuk beli air.. Sampai je kat kedai tu, PAPA HERO ternampaklah orang dok berkerumun depan kedai tu.. Bila PAPA HERO jengah, ternampak seekor kucing yang terbaring yang takda kaki depan dan berlumuran darah dengan keadaan yang tercungap-cungap.. PAPA HERO tanya tuan kedai tapi tuan kedai tu pun tak tahu.. Tiba-tiba datang seorang budak bagitahu yang dia nampak seorang lelaki naik sebuah kereta lalu dan campak kucing tersebut tepi longkang berhampiran dari kereta sambil marah-marah.. 
Dengan sifat kemanusiaan yang ada, PAPA HERO pun amek kucing tersebut dan bawak naik motor balik kerumah.. Masa tu, PAPA HERO baru je mula kerja dalam 2 minggu and takde duit yang cukup nak bawak hero pergi klinik.. Jadi, PAPA HERO hanya rawat HERO sendiri dekat rumah.. Dengan kuasa ALLAH S.W.T, HERO pun mula beransur sembuh.. -
Itulah cerita pendek yang aku dapat sampaikan pasal HERO dan PAPA HERO.. Tapi kat sini aku nak bagitahu uolls.. Semalam, pada 24/11/13, HERO telah pergi meninggalkan kita semua buat selama-lamanya.. Maaflah, aku review pasal HERO ni bukan untuk dapatkan publisiti or what tapi aku nak share dengan semua pasal HERO, seekor kucing comel yang berjuang untuk hidupnya sendiri..

Saat-saat akhir HERO..


Pengumuman oleh PAPA HERO semalam.. Serius aku tersentap bila tahu pasal hal ni.. HERO tetap dalam hati..
 Besides, aku sangat sayang and cintakan haiwan.. Plus, bila aku tengok HERO ni, mengingatkan aku pada kucing-kucing yang pernah aku bela dulu.. Termasuk kucing aku sekarang yang aku amek dekat hostel kolej aku.. Seekor anak kucing terbiar yang masa tu masih perlukan susu ibunya.. Aku nak bagitahu semua, PLEASE uolls.. Tolonglah sayang haiwan, tak kira haiwan apa sekali pun.. Tu pun makhluk ciptaan ALLAH S.W.T.. Bawah ni gambar kucing aku.. CIPENTOT nama dia and dia berusia 2 tahun 4 bulan..
Anak aku merangkap nyawa aku.. Tak tahu aku nak buat apa kalau dia takda..
**** Nota kaki : Maaf aku lambat review about hal ni.. Moga HERO bahagia diatas sana dengan Yang Maha Pencipta.. Amin..

***P/s : untuk tahu lanjut boleh singgah blog PAPA HERO 

TOLONG!!!! PLEASE!!!!

Uolls..aku nak minta tolong ni..Uolls tahu pasal button 'share' tu,kan? Okay, mula-mula okay je aku guna siap boleh share kt group fb lagi..But, suddenly tetibe dy tk boleh nak function dengan yang sepatutnya.. Tak faham apa aku cakap? Tengok gambar bawah ni..
(Klik untuk tumbesaran)
Ha, macam ni lah yang aku kena..Now, nak like pun tak boleh or nak share pun sama.. Da banyak code aku ubah but still sama.. Boleh tak sapa-sapa bantu aku? Serius buntu dah ni.. FYI, aku guna denim template tau..
Tanx yea kalau sudi bantu.. Hope sangat..!! ^_^

11/24/13

♥♥ Doktor CEKIK darah!! ♥♥



 
 
 


 
 
Hola uolls.. Okay, hari ni aku nak cakap sikit pasal doktor / klinik / demam.. Ha, apa kaitan semua ni  ngn emtry aku kali ni? Okay, before that, aku nak kasi tahu dulu yang aku ni bukan budak medic / doktor mahu pun orang yang ada kena-mengena ngan bidang perubatan okay..

Orait, untuk pengetahuan uolls, entry aku kali ni berkisar pasal doktor klinik swasta.. Nampak gambar ubat tu? Selalunya, kalau uolls demama, uolls pergi klinik,kan? Aku pun pergi klinik jugak lagi-lagi kalau Encik Semput datang attack..! Okay2, slalunya bila lepas check doktor yang tak sampai satu (1) minit tu, korang akan kena tunggu kat luar sebelum nama uolls dipanggil untuk kasi ubat,kan? Then, sampailah masa untuk uolls amek ubat dan bayar fees ubat + fees jumpa doktor tu.. 
Tuptup, dapat bil je, MAKAIHH..ape ke mahai bebenor? Plus, uolls dapat ubat demam
+ ubat-ubat sampingan dan tak ketinggalan ubat GASTRIK! Padahal uolls datang klinik sebab demam and uolls bukannya ada GASTRIk,kan? Okay, sini aku nak share benda yang doktor sendiri bagitahu dekat ayah aku .. Ada sebab kenapa doktor masukkan ubat GASTRIK kat dalma preskription ubat uolls tu.. Sebabnya is.... :
 
**** Bila uolls demam, automatik uolls akan rasa lemah and tak lalu nak makan.. Plus dengan pelbagai masalah duniawi yang uolls fikirkan lagi.. Then, secara automatiknya, perut uolls akan bertindak-balas dengan merembeskan cecair asid yang digunakan untuk memproses makanan di dalam perut tu..  Dan asid tulah yang menyebabkan perut uolls sakit tau.. Actually, ubat gastrik tu doktor bagi untuk meneutralkan asid dalam perut yang cuba menyerang perut uolls sambil menipiskan lapisan didalam usus uolls.. dan itulah yang menyebabkan uolls yang takde gastrik, diserang gastrik.. Yela, dengan uolls tak makan lagi, acano asid tu nak bekerja, iye dok?

Orait, habis membebel..So, ubat GASTRIK tu silalah makan yea kalau doktor bagi.. Untuk kesihatan uolls akan datang gak.. JAGA KESIHATAN yea uolls.. ^_^

11/23/13

Dosa jalan 24 jam 7 hari seminggu?




Hola uolls.. Ada info sikit nak share khas tok para aweks-aweks kat luar sana.. 
Awak, bila awak tengah tidur, malaikat dok catit dosa awak.. Awak tengah solat, belajar, makan, mandi pun malaikat dok catit dosa-dosa awak.. Padahal awak tak buat aa-apa pun kan? Tapi malaikat tetap tak STOP catit dosa awak-awak,kan? Ohhh.. Rupanya banyak mata-mata yang tengah tengok gambar awaak yang TAK TUTUP aurat dekat Facebook, Twitter, Wechat, Instagram, Kakaotalk dan yang sewaktu dengannya.. Lepas tu "right click, save image as.." Pergh, tiap kali ada lelaki yang tengok dan save gambar awak tu, setiap kali tu lah dosa awak jadi PLUSPLUSPLUS.. Itu baru cerita yang masa awak hidup, belum masuk lagi cerita masa awak meninggal..Dala kubur nanti, malaikat takkan STOP seksa awak selagi lelaki tak STOP tengok gambar awak tak tutup aurat tu.. By that time, apa je yang awak boleh buat? Mungkin awak akan merayu moga awak dihidupkan balik supaya awak boleh buang semua gambar atk tutup aurat awak tu.. Jadi, nasihat yan sekarang ni, awak cubalah SLOW-SLOW tutup aurat awak tu.. nak berhias ke nak cantik-cantik ke simpan untuk suami uolls.. Wahhh, tu lagi sweet tau.. Dapat pahala FREE je tau.. Tapi, yang penting tu niat awak tu yang kena ikhlas tau.. Saya cabar awak tuk share kalau awak berani..!! Tapi, kalau tak berani, its okay.. Semua ni on your own concern my dear.. tapi yang penting, awak tahukan nak buat apa lepas ni? Okay, tatata
****Sorry kalau entry kali ni uolls rasa agak rush.. Sebab soal agama ni saya tak amek ringan yea.. ^_^

"Super Friends Giveaway by Aina, Afiqa & E "



Hola uolls..Okay, kali ni yan join 1 GA mcm tajuk kat atas.. Huhu.. Okay, apa yang yan harapkan dalam sesebuah hubungan persahabatan is dalam perhubungan persahabatan tu mestilah saling jujur, ikhlas dan saling memahami apa yang baik dan tak baik dalam perhubungan tu.. Yang penting uolls, mestilah saling masuk satu kepala dan sama-sama masuk air.. Baru ada life..heee
Orait, yan nak tag dua blogger comey ni mailey jayley and fatin diana


11/22/13

Floating Button

Hola evelibady..!! Ha, apa yang yan dok habaq dekat ataih tu? Okay, floating button ni yang macam dalam gambar kat bawah ni *bagi yang blur-blur lagi tu*

Ha, nampak yang tiga button belah kiri tu,kan? Kebanyakkan blogger guna floating button tu sebab untuk memudahkan readers dan menjimatkan space.. So, camne nak buat tu? Jom cikedout bawah ni..!!

Step 1 : Log in blogger

Step 2 : Dashboard > More Options > Layout > Add A Gadget > Html / Javascript

Step 3 : Copy code dibawah dan paste dalam kotak Html / javascript tu tadi..

<style type='text/css'>
a.linkopacity img {
filter:alpha(opacity=50);
-moz-opacity: 0.5;
opacity: 0.5;
-khtml-opacity: 0.5;}

a.linkopacity:hover img {
filter:alpha(opacity=100);
-moz-opacity: 1.0;
opacity: 1.0;
-khtml-opacity: 1.0; }
</style>

<div style='display:scroll; position:fixed; top:140px; left:-12px;'>

<a class='linkopacity' href='URL FACEBOOK ANDA' imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='facebook'><img border="0" src="http://img.photobucket.com/albums/v486/mafiatrg/232.png" /></a><br />

<a class='linkopacity' href='URL TWITTER ANDA' imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='twitter'><img border="0" src="http://img.photobucket.com/albums/v486/mafiatrg/432.png" /></a><br />

<a class='linkopacity' href='URL BLOG ANDA' imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;' target='_blank' title='feed'><img border="0" src="http://img.photobucket.com/albums/v486/mafiatrg/blogger_64x64.png" /></a><br />


</div>

**** abc : Korang boleh ubah ikot kesesuaian blog korang..Yang left boleh tukar kepada right
abc : Letak URL FB, Twitter and Blog korang
abc : Korang boleh masukkan mana-mana url button yang korang nak atau korang boleh google je dekat mana-mana..

Step 4 : SAVE

SELAMAT MENCUBA ^_^

*** P/s: Kalau jadi, tolong credit yan yea sayangs.. TQ

Freebies : Jquery Top Button

Hola guys.. Okay, hari ni yan berbesar hati nak share a little bit yan punya Jquery Top Button.. Kira FREEBIES lh ni.. Okay, enough bebel, n now.....TARAAAaaaaa ...!!

http://i326.photobucket.com/albums/k425/yan_ira/mirrortrs_zps31689435.png



http://i326.photobucket.com/albums/k425/yan_ira/beartrs_zps06bb5f9d.png



http://i326.photobucket.com/albums/k425/yan_ira/startrs_zps010a9952.png



http://i326.photobucket.com/albums/k425/yan_ira/bearstrs_zpsf93ed6ee.png



http://i326.photobucket.com/albums/k425/yan_ira/snowmentrs_zps1466a225.png


****Sorilah kalau button yan ni tak cantik.. my first time buat button-button ni..Kalau nak yang lagi cantik, korang google lah yea.. (Tangan takde seni) huhu

***P/s : Kalau amek button ni, PLS INFORM yan yea..or CREDIT to me..Mekaseh awak-awak.!

** P/s/s : Button insyallah akan diupdate dari masa ke semasa ^_^

Jquery Top Button

Selalunya "Button Back To Top" digunakan oleh para blogger untuk memudahkan para pembaca scroll balik ke bahagian atas blog.. Yela, kadang tu ada entry yang panjang atau pun komen yang banyak daripada readers yang lain.. So, bagi memudahkan lagi perjalanan membaca blog ni, para bloggers dengan jayaya telah meletakkan "Button Back To Top" ni macam yang yan letak kat blog yan tu.. Okay, enough bebel,jom FOLLOW step camne nak letak button ni,okay ^_^
Step 1 : Log in BLOGGER
Step 2 : Dashboard > More Options > Layout > Add A Gadget > Html / Javascript
Step 3 :

<a title="Back to Top" href="#" style="position: fixed; bottom: 5px; right: 5px;"><img src="Url gambar button"></a>



**** abc : Masukkan url button korang..

*** Mana nak cari button tu? CLICK HERE yea uolls..

Step 4 : Dah siap? Sila lah SAVE.. Insyallah menjadi ^_^

** Nota Kaki : SELAMAT MENCUBA **

Kalau jadi, silalah feedback yea.. Kalau tak jadi pown boleh feedback jugak =_*

11/21/13

♥♥ Jika korang orang ISLAM, SILA HATI-HATI ♥♥



Hello uolls.. Okay,sini aku ada sedikit info nak share ngn korang semua.. Semua mungkin tahu dan mungkin jugak yang tak tahu.. Kenapa aku cakap "Jika korang orang ISLAM, SILA HATI-HATI?"
Ha, sini aku nak share benda ni iaitu dalam pembelian Al-Quran lagi-lagi cetakan yang terbaru sekarang ni.. Semua umat ISLAM mesti tahu ape tu Al-Quran,kan? Itulah kalam ALLAH dan mukjizat Nabi MUHAMMAD S.A.W.. Didalam Al-Quran itulah dimana diceritakan semua kisah-kisah dari mula kemunculan Isalam, sehingga berlakunya kiamat..  Kat sini aku nak mintak TOLONG sangat kat korang semua, kalau nak beli Al-Quran cetakan terbaru, TOLONGLAH berhati-hati kerana ada empat (4) surah palsu ciptaan kafir laknatullah..

** Antara surah tersebut ialah :-

1) Al-Iman
2) Al-Wasaya
3) Al-Tasajud
4) Al-Musliin

***** Sila sebarkan informasi ini kepada semua umat Nabi MUHAMMAD S.A.W... Jangan takut untuk sebarkan kerana ALLAH akan menggantinya berlipat kali ganda,insyallah.. Tapi, jika berhenti ditangan anda, bermakna anda tidak pedulikan tentang ISLAM.. WALLAHUALLAM*****

Jadi, silalah periksa Al-Quran yang korang ada tu, samada terdapat empat (4) surah diatas atau tak dan kalau tak percaya cakap aku, silalah cek dengan ustaz-ustaz atau alim ulama ataupun Al-Quran cetakan lama.. Sesunggauhnya, mencegah itu lebih baik daripada menyembuh.. *Astargfirullahalazzim*

♥♥ Mak,tolong saya mak ♥♥



<< Kisah benar >>
Ad seorang mak terpaksa mencari password FACEBOOK anaknya yang telah meninggal duni untuk delete gambar-gambar anakya yang seksi dan tidak menutup aurat sebab tiap-tiap malam anak dia masuk dalam mimpi mak dia, dalam keadaan rambutnya tergantung dekat pokok besar dan sedang terbakar.. Anak dia baru seminggu mati eksiden lepas balik kerja..Anak dia pesan kat mak dia dalam mimpi tu, "Mak,tolong padamkan gambar saya dekat dalam fb tu," ujar anak dia sambil menangis..
[Nauzubillahminzalik] ***DIMINTA UNTUK SEMUA SHARE. MUNGKIN INI AKAN MENYEDARKAN PARA WANITA DILUAR SANA YANG MASIH LAGI LALAI DIDUNIA INI..

#Disaat korang habis baca ni, syaitan pun memulakan tugas dan berbisik kat telinga, "WOI,kau tak payah LIKE or SHARE laa.. Orang tak insaf-insaf jugak..Buat semak wall kau je!!!" Begitulah liciknya syaitan ni memainkan peranannya kerana tak mahu manusia saling menyebarkan perkara baik dan nak manusia terus terlena dan leka dengan duniawi semata-mata.. Wallahuallam..

♥♥ Cara mencuci KEMALUAN dengan betul ♥♥


Hello semua..Ha,,mesti korang terkejut tengok tajuk entry aku kali ni,kn? Hahaha..bukan nak melucah, aku sekadar nak kongsi ilmu sama kamu aja maa..Orait, enough membebel,now aku sambung dengan info okay.. ^_^

Sememangnya kita rasa, kita dah mencuci kemaluan kita cukup bersih tapi bersih itu tak bermakna yang cara kita tu betul.. Sangat penting untuk kita pastikan yang diri kita bersih, terutamanya pada bahagian sulit.. Aku tahu, kebanyakkan daripada kita selalu ambil ringan tentang kebersihan kemaluan kita,kan? Selain untuk kebersihan, ia juga untuk memastikan yang ibadat seharian kita diterima.. Mesti korang tertany-tanya kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul? Yela, ramai orang merasakan yang diri diorang tu dah cukup bagus dengan amal ibadat, sedekah dan lain-lain tapi masih tak terlepasa dari azab api neraka.. Ha,,ape kena mengena pulak pastikan kemaluan bersih dengan tak terlepas dari azab api neraka ni? Meh sini aku nak cerita dulu sebagai pengajaran untuk semua..

- Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki yang mana tiba-tiba tersentak apabila beliau terlihat ada sesuatu bergerak-gerak dari kain kafan lelaki tersebut..  Lalu, disuruhnya orang untuk membuka kain kafan tersebut dan alangkah terkejutnya apabila beliau terlihat seekor ular sedang membelit kepala kemaluan lelaki tersebut.. Lalu, Saidina Abu Bakar pown mencabut pedang beliau lalu menghampiri ular tersebut untuk membunuhnya.. Tetapi, ular itu tiba-tiba berkata "Apakah salah ku kerana diutuskan oleh ALLAH untuk menjalankan tugas yang diperintahkan." Akhirnya, setelah diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas menunjukkan 'arwah' seorang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.. 
Jadi, bagaimana caranya untuk membersihkan alat sulit kita dengan betul? Antara lelaki dan wanita, caranya amatlah berbeza..

Kaum Lelaki :- 

1) Selepas buang air kecil, DISUNTKAN berdehem 2-3 kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar.. 
2) Lepas tu, urutlah kemaluan dr pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada didalam saluran.. 
3) Kemudian, barulah basuh dengan air sebersih-bersihnya

Kaum Wanita :-

1) Apabila membasuh kemaluan, pastikan dicuci bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dialukan air bersih..
 * Bukan dengan menyimbah air semata-mata tau.. Kalau tak, macam mana nak bersihkan yang bibir-bibir tu,betul tak?

*****So, betul ke cara kita selama ni? Kalau rasa tak betul,marilah kita perbetulkan kembali apa yang patut..Telah dijanjikan NERAKA untuk mereka yang tidak menyucikan diri dengan sempurna.. Rasulullah pernah bersabda : " Barang siapa yang menyampaikan satu (1) ilmu saja, dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap peroleh pahala.. Amin..Semoga semua akan memperolehinya..

So,panjang lebar entry aku kali ni..Semuanya untuk manfaat kita bersama-sama.. Maaf sekiranya entry aku kali ni mcm kasar tapi, ini yang perlu aku sampaikan pada kawan-kawan semua..Sedikit info yang tak seberapa tapi aku harap bermanfaat.. 

11/18/13

Kisah sebenar VILLA NABILA di JOHOR




Hola semua..! Ha, tetbe aku terpanggil pulak nak update pasal VILLA NABILA kat Johor tu.. Ni aku dapat dari wechat bakal sister-in-law aku lah.. Jom baca kisah dia..

"Info terkini dari member kepada member yang berada dilokasi.."


Ini mengikut dari keterangan salah seorang mangsa yang terselamat dari 30 orang..
"Aku ada sekali kat sana tadi masa dak tu kena recording dengan wartawan :-

-"Sekumpulan remaja lelaki dan perempuan buat satu event untuk overnight dekat VILLA NABILA tu.. Diorang berkumpul dekat cs petang Sabtu yang lepas yang mana kemudian diorang berjalan kaki ke villa tu ikot jalan belakang.. Masa diorang terjah villa tu, salah seorang budak perempuan dari group diorang terjumpa satu barang berupa kotak kecil.. Yang silapnya, budak perempuan tu boleh amek benda tu dan simpan .. Tak lama lepas tu, budak tu pun kena rasuk.. Apa lagi, 1 group tu pun terus bawak budak perempuan tu keluar dari villa pergi berkumpul dekat kawasan lapang berdekatan villa tu.. Mereka cuba minta tolong dekat area banglotu tapi langsung tak dilayan.. Apalagi, budak-budak tu pown bawaklah kawan diorang tu pergi masjid yang berdekatan..Lepas budak perempuan tu dah pulih, diorang pun ambil keputusan nak pergi pulangkan balik kotak tu.. Tapi, tak semua yang setuju.. 7 daripada 30 orang dari budak-budak tu lari bali.. Selebihnya masih gak berdegil nak patah balik ke villa tu.. Akhirnya, sampai sekarang diorang tak keluar-keluar daripada villa.."

* Sumber : UNKNOWN source 

p/s : Tak tahulah kesahihan cerita ni.. Wallahua'lam..

5 TIPS HUBUNGAN JARAK JAUH



Hola uolsss...*uhukuhuk* sorilah kalau berhabuk sikit kat sini..Agak bz ngn keje.. Okay2, sebelum yan start merapu, kat sini yan nak bg sikit tips bg mereka yang berhubungan jarak jauh ni (macam yan..hehe)..
Jom amek ikhtibar..hehe..

1) DOA
Ini perkara yang paling asas dalam kehidupan seharian kita tak kira apa agama sekali pun. Dengan berdoa, ia dikira sebagai salah satu usaha kita dengan memohon kepada ALLAH agar menghindari kita dari perkara-perkara yang boleh merosakkan hubungan kita tu seperti kehadiran orang ketiga.. Sebab, kebiasaannya bila tinggal berjauhan, wujudlah banyak anasir-anasir yang cuba menghasut agar kita meninggalkan pasangan kita tu. Jadi, dengan berdoa je lah yang dapat menguatkan IMAN kita sendiri dan insyallah membawa hubungan yang berkekalan.. AMIN..

2) KERAP BERHUBUNG
Ha... Yang ni amat penting.. Dengan selalu/kerap berhubung ni lah kita takkan mudah melupakan pasangan kita tau.. Tak perlu nak ber'gayut' telefon 24/7, cukup dengan sekadar menghantar pesanan ringkas (sms) atau pun mengucapkan "Selamat Pagi", "Selamat Malam" atau pun bertanyakan " Dah makan ke belum?", "sihat ke?". TItu pun dah cukup menceriakan hari pasangan anda tu..

3) MENGADAKAN PERTEMUAN
Jarak yang jauh bukan alasan untuk tidak bertemu.. Berbincanglah untuk berjumpa walau sebulan sekali (macam yan..hee) kerana, dengan berjumpa dapat melepaskan rasa rindu yang terbuku di dalam hati tu. *tapi janganlah buat perkara yang tak sepatutnya (bagi yang belum bernikah)

4) JUJUR
JUJUR.. Ini adalah satu daripada kunci untuk mengecapi kebahagian.. Jujur tu tak salah kalau ia dapat menyelesaikan sesuatu masalah.. Jangan pula menipu semata-mata untuk menjaga hati pasangan anda kerana kesanny kelak anda takkan tahu apa yang akan terjadi.. Jadi, jujur lh yea.. *NOTE kpd diri yan sendiri jugak*

5) SAMBUT ANNIVERSARY BERSAMA
Ini janganlah sekali-kali dilupakan.. Tarikh ulang tahun ni sangat penting..Jika tidak, pasangan kita akan bersangka buruk terhadap kita.. Tak perlu pergi ke tempat-tempat yang mewah,cukup sekadar bersama pasangan anda dan belikannya hadiah tanda penghargaan kita pun dah memadai..

*So, puas da yan membebel dekat atas tu.. Yan tulis ni pown sebab yan ase baik kita berkongsi memandangkan yan pown sedang melalui pengalaman bercinta jarak jauh yang hampir 4 tahun.. Hanya ALLAH je yang tahu perasaan yan masa tu.. Hubungan jarak jauh ni janganlah terlalu selesa tapi kita kne senantiasa berwaspada agar kita dapat pelihara diri, pasangan kita dan juga hubungan kita itu sendiri..Moga berkekalan hingga ke JANNAH..AMIN..

*P/s: Mintak kawan-kawan doakan yan moga yan dan bakal makmum yan berkekalan hingga ke jannah..Terima kasih kawan-kawan!! ^_^