skip to main |
skip to sidebar
♥♥ Cara mencuci KEMALUAN dengan betul ♥♥
Hello semua..Ha,,mesti korang terkejut tengok tajuk entry aku kali ni,kn? Hahaha..bukan nak melucah, aku sekadar nak kongsi ilmu sama kamu aja maa..Orait, enough membebel,now aku sambung dengan info okay.. ^_^
Sememangnya kita rasa, kita dah mencuci kemaluan kita cukup bersih tapi bersih itu tak bermakna yang cara kita tu betul.. Sangat penting untuk kita pastikan yang diri kita bersih, terutamanya pada bahagian sulit.. Aku tahu, kebanyakkan daripada kita selalu ambil ringan tentang kebersihan kemaluan kita,kan? Selain untuk kebersihan, ia juga untuk memastikan yang ibadat seharian kita diterima.. Mesti korang tertany-tanya kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul? Yela, ramai orang merasakan yang diri diorang tu dah cukup bagus dengan amal ibadat, sedekah dan lain-lain tapi masih tak terlepasa dari azab api neraka.. Ha,,ape kena mengena pulak pastikan kemaluan bersih dengan tak terlepas dari azab api neraka ni? Meh sini aku nak cerita dulu sebagai pengajaran untuk semua..
- Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki yang mana tiba-tiba tersentak apabila beliau terlihat ada sesuatu bergerak-gerak dari kain kafan lelaki tersebut.. Lalu, disuruhnya orang untuk membuka kain kafan tersebut dan alangkah terkejutnya apabila beliau terlihat seekor ular sedang membelit kepala kemaluan lelaki tersebut.. Lalu, Saidina Abu Bakar pown mencabut pedang beliau lalu menghampiri ular tersebut untuk membunuhnya.. Tetapi, ular itu tiba-tiba berkata "Apakah salah ku kerana diutuskan oleh ALLAH untuk menjalankan tugas yang diperintahkan." Akhirnya, setelah diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas menunjukkan 'arwah' seorang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil..
Jadi, bagaimana caranya untuk membersihkan alat sulit kita dengan betul? Antara lelaki dan wanita, caranya amatlah berbeza..
Kaum Lelaki :-
1) Selepas buang air kecil, DISUNTKAN berdehem 2-3 kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar..
2) Lepas tu, urutlah kemaluan dr pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada didalam saluran..
3) Kemudian, barulah basuh dengan air sebersih-bersihnya
Kaum Wanita :-
1) Apabila membasuh kemaluan, pastikan dicuci bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dialukan air bersih..
* Bukan dengan menyimbah air semata-mata tau.. Kalau tak, macam mana nak bersihkan yang bibir-bibir tu,betul tak?
*****So, betul ke cara kita selama ni? Kalau rasa tak betul,marilah kita perbetulkan kembali apa yang patut..Telah dijanjikan NERAKA untuk mereka yang tidak menyucikan diri dengan sempurna.. Rasulullah pernah bersabda : " Barang siapa yang menyampaikan satu (1) ilmu saja, dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap peroleh pahala.. Amin..Semoga semua akan memperolehinya..
So,panjang lebar entry aku kali ni..Semuanya untuk manfaat kita bersama-sama.. Maaf sekiranya entry aku kali ni mcm kasar tapi, ini yang perlu aku sampaikan pada kawan-kawan semua..Sedikit info yang tak seberapa tapi aku harap bermanfaat.. ♥♥♥♥