skip to main |
skip to sidebar
5 TIPS HUBUNGAN JARAK JAUH
Hola uolsss...*uhukuhuk* sorilah kalau berhabuk sikit kat sini..Agak bz ngn keje.. Okay2, sebelum yan start merapu, kat sini yan nak bg sikit tips bg mereka yang berhubungan jarak jauh ni (macam yan..hehe)..
Jom amek ikhtibar..hehe..
1) DOA
Ini perkara yang paling asas dalam kehidupan seharian kita tak kira apa agama sekali pun. Dengan berdoa, ia dikira sebagai salah satu usaha kita dengan memohon kepada ALLAH agar menghindari kita dari perkara-perkara yang boleh merosakkan hubungan kita tu seperti kehadiran orang ketiga.. Sebab, kebiasaannya bila tinggal berjauhan, wujudlah banyak anasir-anasir yang cuba menghasut agar kita meninggalkan pasangan kita tu. Jadi, dengan berdoa je lah yang dapat menguatkan IMAN kita sendiri dan insyallah membawa hubungan yang berkekalan.. AMIN..
2) KERAP BERHUBUNG
Ha... Yang ni amat penting.. Dengan selalu/kerap berhubung ni lah kita takkan mudah melupakan pasangan kita tau.. Tak perlu nak ber'gayut' telefon 24/7, cukup dengan sekadar menghantar pesanan ringkas (sms) atau pun mengucapkan "Selamat Pagi", "Selamat Malam" atau pun bertanyakan " Dah makan ke belum?", "sihat ke?". TItu pun dah cukup menceriakan hari pasangan anda tu..
3) MENGADAKAN PERTEMUAN
Jarak yang jauh bukan alasan untuk tidak bertemu.. Berbincanglah untuk berjumpa walau sebulan sekali (macam yan..hee) kerana, dengan berjumpa dapat melepaskan rasa rindu yang terbuku di dalam hati tu. *tapi janganlah buat perkara yang tak sepatutnya (bagi yang belum bernikah)
4) JUJUR
JUJUR.. Ini adalah satu daripada kunci untuk mengecapi kebahagian.. Jujur tu tak salah kalau ia dapat menyelesaikan sesuatu masalah.. Jangan pula menipu semata-mata untuk menjaga hati pasangan anda kerana kesanny kelak anda takkan tahu apa yang akan terjadi.. Jadi, jujur lh yea.. *NOTE kpd diri yan sendiri jugak*
5) SAMBUT ANNIVERSARY BERSAMA
Ini janganlah sekali-kali dilupakan.. Tarikh ulang tahun ni sangat penting..Jika tidak, pasangan kita akan bersangka buruk terhadap kita.. Tak perlu pergi ke tempat-tempat yang mewah,cukup sekadar bersama pasangan anda dan belikannya hadiah tanda penghargaan kita pun dah memadai..
*So, puas da yan membebel dekat atas tu.. Yan tulis ni pown sebab yan ase baik kita berkongsi memandangkan yan pown sedang melalui pengalaman bercinta jarak jauh yang hampir 4 tahun.. Hanya ALLAH je yang tahu perasaan yan masa tu.. Hubungan jarak jauh ni janganlah terlalu selesa tapi kita kne senantiasa berwaspada agar kita dapat pelihara diri, pasangan kita dan juga hubungan kita itu sendiri..Moga berkekalan hingga ke JANNAH..AMIN..
*P/s: Mintak kawan-kawan doakan yan moga yan dan bakal makmum yan berkekalan hingga ke jannah..Terima kasih kawan-kawan!! ^_^
4 comments:
InsyaAllah.. Sangat berguna.. Ibu saudara dan suami dia pun duduk jauh..urusan kerja..
@Abak@Pedamba Cinta Penuh Mahabbahyeke?alhamdulillah..yang penting kena ada persefahamn..amin..
lagi satu kepercayaan antara satu sama lain, cumanya bila ada pihak yang break the trust tu memang akan hilanglah kepercayaan yang dibina kan?
@Farah Waheda Wahid yap..betol tu..so,di situ terletaknya jujur dalam perhubungan ^_^
Post a Comment