Luahan Hari Ini
Assalammualaikum olls.. Tengah mood nak blogwalking.. Tinggalkan link korang dekat bawah

11/27/13

♥♥ TIGA artis dihukum penjara ♥♥



Seoul: Tiga aktres Korea Selatan dijatuhi hukuman penjara kerana menyalah guna propofol, ubat sedatif dan bius yang menjadi penyebab kematian ikon pop Amerika Syarikat, Michael Jackson, kata seorang pegawai mahkamah semalam.

Park Si-Yeon, Lee Seung-Yeon dan Jang Mi-In-Ae didakwa Mac lalu kerana mengambil ubat preskripsi untuk bukan tujuan perubatan.

Ketiga-tiga mereka didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Pusat Seoul kelmarin dan menerima hukuman penjara lapan bulan, ditangguhkan selama dua tahun, kata jurucakap mahkamah kepada AFP. 

Sedatif kuat

Propofol adalah sedatif paling kuat yang biasanya digunakan sebagai ubat bius. Ia mengurangkan ketakutan dan memberikan ketenangan tetapi boleh menyebabkan seseorang mengalami halusinasi.

Korea Selatan mengklasifikasikan ubat berkenaan sebagai ubat psikotropik dua tahun lalu, menjadikan ia haram untuk digunakan selain daripada untuk tujuan rawatan yang memerlukan bius, seperti endoskopi gastro-intestinal.

Propofol bewarna krim 
Park adalah seorang aktres terkemuka yang muncul dalam beberapa rancangan televisyen dan filem, menerima 185 kali suntikan milk shot yang mengandungi propofol berwarna krim mulai Februari 2011 hingga Disember tahun lalu.

Selain hukuman penjara yang ditangguhkan, beliau turut menerima denda sebanyak 3.7 juta won (RM11,227).

Lee, aktres terkenal dan juga hos rancangan bual bicara televisyen menerima 111 suntikan dalam tempoh yang sama manakala rakan aktresnya Jang mengambil 95 suntikan pada 2011 dan 2012.

Kedua mereka masing-masing didenda 4 juta won dan 5.5 juta won.

Ketiga mereka mengaku tidak bersalah sambil mempertikaikan suntikan terbabit adalah untuk tujuan pembedahan plastik dan dermatologi atau melegakan kesakitan akibat jadual kerja yang padat dan memenatkan.

Manakala seorang lagi penghibur terkemuka, Hyun Young, yang didakwa bersama trio aktres terbabit pada Mac didenda sebanyak 5 juta won (RM15,172) dan tidak dibicarakan.

Dua doktor didakwa memberikan preskripsi ubat berkenaan kepada aktres terbabit turut dipenjara selain dikenakan denda dan hukuman khidmat masyarakat.

Pada 2011, doktor Michael Jackson, Conrad Murray dipenjara empat tahun selepas didapati bersalah membunuh tanpa niat dengan memberikan penyanyi itu propofol selama dua bulan sebelum kematian serta pada hari kematian beliau, 25 Jun 2009. - AFP

**** Ha, dah tahu benda alah tu merbahaya pergi amik jugak.. Kang kalau kojol tak ke susah.. Manusia-manusia..