Luahan Hari Ini
Assalammualaikum olls.. Tengah mood nak blogwalking.. Tinggalkan link korang dekat bawah

11/27/13

♥♥ Nilai perlu dibayar Rozita Che Wan & Zain Saidin ♥♥



Assalammualaikum uolls.. Cuba tengok tajuk tu.. Serammmm makaih.. Okay, ni keratan yang yan amek dari BH hari ni..

Che Ta, Zain terikat komitmen selepas dapat tajaan lebih RM3 juta, mahu tetamu ikut peraturan

Mencecah nilai tajaan jutaan ringgit, konsep persandingan dalam taman yang dilimpahi perhiasan dan persalinan mewah, menjadikan majlis perkahwinan pelakon sensasi, Rozita Che Wan, 40, dan Zain Saidin, 29, sebagai acara termahal dalam kalangan artis setakat ini.

Bagaimanapun, ada harga yang perlu dibayar Rozita dan Zain di sebalik kemewahan yang melimpah ruah itu. Apabila majlis perkahwinan mereka menjadi terlalu eksklusif, banyak syarat yang perlu dipatuhi tetamu. 

Antara syarat yang dikenakan pasangan pengantin ini ialah setiap organisasi media tidak dibenarkan merakamkan gambar mempelai. Sebaliknya, penganjur akan menyediakan khidmat fotografi dan gambar akan diberi sejurus majlis berakhir. 


Selain itu, disebabkan hak penyiaran majlis diberi secara eksklusif kepada Astro, stesen televisyen (TV) lain tidak dibenarkan membuat liputan. Jika mereka mahu menemu bual bakal mempelai, semuanya akan dilakukan pihak produksi Astro.

Stesen TV hanya perlu menyediakan soalan kepada Rozita atau Zain untuk diajukan oleh wakil produksi.

**** Mak oiii.. Ni kah nilai bayaran yang Che Ta dan Zain Saidin kena bayar sebab wedding diorang banyak kena sponsor? Sabarlah Che Ta dan Zain Saidin yea.. Ni lah nilai yang perlu uolls bayar sebab jadi artis FOFULer.. Nasib iolls tak jd RETIS jugak..haha.. Takpelah, jnji uolls bahagia yea tak Che Ta dan Zain Saidin? Neway, congrats sebab bakal menjadi yang halal antara satu sama lain.. ♥♥♥♥