Semasa aku berumur lima (5) tahun, aku sekolah tadika dekat rumah nenek aku.. Dulu aku tadika Cina, Tadika Miki.. Tapi, tak banyak yang aku boleh ceritakan tentang sepanjang aku duduk dengan nenek aku.. Tak berapa nak ingat sangat.. Okay, tapi dari yang ayah dan makcik aku cerita, dulu pagi-pagi bila nak pergi sekolah je, aku mesti sarapan dengan nenek.. Aku makan roti gardenia yang merah tu dan nenek makan roti gardenia yang hijau (gandum) tu.. Aku punya air utk bekpes mesti air milo *wajib* hehe.. So, lepas dah sarapan semua, aku akan duduk dekat luar rumah dengan nenek untuk tunggu uncle bas datang pickup aku.. So, aku akan duduk dekat atas peha nenek aku sambil nyanyi lagu cina.. Dan nenek hanya akan masuk rumah bila aku dah naik bas dan bas aku dah bertolak pergi je.. So, aku yang budak ni pun lambai lah nenek sambil jerit " bye nenek"..
Nak dipendekkan cerita, aku balik je sekolah, nenek aku dah tunggu dekat luar rumah (actually kebun kecil nenek) sambil siram pokok bunga.. So, bila aku balik je terus aku lari masuk cari nenek dekat kebun bunga nenek tu.. Nenek selalu tak bagi aku masuk kebun tu sebab banyak ulat gonggok.. Nanti gatal-gatal.. So, aku akan tunggu nenek habis kerja lepas tu baru masuk rumah dengan nenek untuk makan tengah hari sama-sama.. Masa tu, segala makan minum pakai aku nenek yang sediakan.. Korang jangan salah faham yea.. Bukan parents aku taknak jaga aku tapi aku yang nak sangat masuk tadika dekat rumah nenek aku tu.. So, terpaksalah aku duduk rumah nenek aku..Okay,tu cerita 19 tahun yang lalu masa aku umur 5-6 tahun.. Masuk darjah 1 aku dah duduk dengan parents aku balik sampailah sekarang..
Okay, cerita sekarang pulak.. Apa yang buatkan aku sebak ialah, nenek aku dah start mengalami ALZHAIMER atau lebih dikenali sebagai NYANYUK.. Umur nenek aku bakal masuk 84 tahun.. So, bagi pesakit Alzhaimer ni, sebelum dia jadi makin worse, doktor ada bagi ubat untuk melambatkan proses kematian sel-sel ingatan dalam otak kita.. Nenek aku memang makan ubat sepanjang tu tapi dah takdir Allah, nenek start nyanyuk bermula tahun lepas.. Selama ni aku tak pernah jaga nenek sejak nenek nyanyuk ni.. Cuma datang menjenguk bila free je lah.. So, nak dijadikan cerita, semalam aku diminta oleh makcik aku untuk jagakan nenek sebentar.. So, aku accept lah sebab tu nenek aku, beb.. Aku sayang nenek aku..
Start dari makcik aku keluar tu, nenek aku duduk je kat kerusi sambil pegang tasbihnya dan membaca zikir yang makcik aku ajarkan.. Yela, bagi mengisi masa lapang nenek.. So, bermula lah alkisahnya.. Kebetulan parents aku pown datang rumah nenek.. So, lepas makan tengah hari, tiba-tiba nenek pergi ke katil dia dan bukak baju.. Nak mandi katanya.. Puas aku dan ibu pujuk, last2 pujukan aku yang berjaya.. (*ohh,sebelum terlupa.. Pada nenek, kami sekeluarga adalah orang luar.. So, dia tak kenal) Nasib baik nenek nak aku jaga.. Okay, sambung.. Beberapa kali lah jugak nenek cuba bukak baju untuk mandi walaupun dah mandi..
Aku pun cubalah pujuk macam pujuk budak kecik.. Alhamdulillah nenek nak dengar kata.. Then, masa tu aku pakaikan nenek baju balik.. Masa tu aku takde terdetik apa-apa pun.. Masa aku sarungkan stokin dekat kaki nenek tu tetiba hati aku rasa sebak.. Aku teringat selama nenek jaga kau dulu.. Nenek tolong aku pakai baju sekolah, sikat dan ikatkan rambut aku sambil aku nyanyi lagu cina.. Lepas tu, nenek tolong aku pakai stokin dan kasut and tunggu bas dengan aku.. Ya Allah, masa tu hanya Allah je yang tahu perasaan aku macam mana..
Rasa sedih sangat.. Yela, sebelum sakit, nenek aku ni seorang yang kuat semangat.. Semuanya nak buat sendiri, taknak orang tolong.. Ingat semua anak dan cucunya tiap kali datang melawat.. Tapi sekarang ni, semua tu dah takda da.. Tiap kali datang je, nenek akan tanya, "kau siapa?" "yang mana?".. Lepas tu, bila nenek nampak je orang bersiap-siap pakai cantik, nenek msti cakap, "nak ikut" dengan nada yang sayu sangat.. Sebaknya rasa..
Untuk semua, aku bukan nak cerita aib ke atau nak memalukan sesiapa.. Tapi aku nak share pengalaman aku jaga orang yang menghidap penyakit ALZHAIMER ni.. inshallah boleh korang jadikan sebagai panduan.. Kunci utama dalam menjaga pesakit ALZHAIMER ni ialah korang mesti banyak-banyak bersabar dengan kerenah mereka sebab mereka bukan macam kita.. Mereka tak ingat apa-apa pun kecuali pada memori terakhir dan memori terkuat yang mereka nampak dan ingat.. So, jangan korang marah-marah pesakit ALZAHIMER ni.. Cuma fikirkan ini sebagai satu (1) ujian daripada Allah swt untuk menguji sejauh mana keimanan dan ketakwaan umatnya dalam memikul tugas-tugas yang diberi lagi-lagi yang melibatkan ahli keluarga terdekat kita.. Akhir kata, Alongira tabik spring dekat cicik dan bibik yang telah banyak berkorban untuk menjaga nenek mula dari dulu sehinggalah sekarang..
4 comments:
In Shaa Allah... sama2 mnginsafi diri...sayangi seblum tiba masa prginya ... I
em btl tu dik byk sbr k...
sabarlah.. Allah menduga hambanya sebab Dia sayang kita.. sabar kunci keimanan hati.. :)
sabar yeee :) kuat !
Post a Comment