Assalammualaikum w.b.t semua..
Okay, maybe aku tulis entri ni agak lambat tapi yang penting aku nak tulis jugak! *sori sebab aku lupa nak post entri ni sebenarnya.. Okay,berbalik pada topik kita.. Pada 30/12/13 yang lepas, PM kita iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak telah umumkan cara-cara bagi kerajaan untuk menjimatkan perbelanjaan. Jom kita tengok apa yang telah dikurangkan oleh kerajaan berkuatkuasa 1 Jan 2014 ni.
- Pengurangan elaun keraian menteri dan timbalan menteri - 10%
- Pengurangan elaun keraian pegawai kerajaan Jawatan Utama Sektor Awam Gred D dan ke atas - 5%-10%
- Pengurangan kemudahan tol kerajaan Gred C dan ke atas - RM50-RM100 (30%)
- Pindaan kelayakan bagi tiket penerbangan bagi Gred C dan ke bawah kepada kelas ekonomi
- Pengurangan kos utiliti elektrik di semua premis kerajaan serta pembekuan permohonan pengubahsuaianruang pejabat kerajaan
- Mengoptimakan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat
- Memperketatkan pelantikan juruperunding bagi projek-projek fizikal kerajaan
- Mengurangkan penyediaan makanan dan minuman dan penggunaan bunting dan banner bagi sebarang acara rasmi kerajaan
# huhu..Tak kisahlah macam mana cara sekali pun kerajaan nak kurangkan perbelanjaan diorang.. Pada aku, dengan menaikkan kesemua harga barangan adalah sangat tidak munasabah.. Plus (+) dengan cara para jemaah menteri menjawab keluhan rakyat, cth: "Kalau tak nak bayar tol,guna jalan biasa". What the lah menteri sekalian ni wei.. Kalau nak jawab macam tu, aku tak payah sekolah dulu pun boleh jadi menteri agaknya.. *maaflah.. Aku bukan nak condemn taraf pendidikan para menteri ni, tapi bila nak jawab tu, tolonglah berfikir secara matang dan bukan dengan mengkhinzir buta je nak jawab.. Rakyat-rakyat ni lah sumber income kerajaan selama ni.. Aku bukan nak sebelah kan dacing atau bulan atau roket,tapi pada aku, its better slow rather than you increase all at the same time. Percayalah cakap aku, isu ni takkan habis setakat sini je.. Ingat, rakyat Malaysia ni bukannya bodoh-bodoh belaka tau.. Jangan nanti menuding jari antara satu sama lain.. PM Najib, change things while you still can.. Apa pun aku tetap sayang MALAYSIA!!!!!
No comments:
Post a Comment