Luahan Hari Ini
Assalammualaikum olls.. Tengah mood nak blogwalking.. Tinggalkan link korang dekat bawah

1/22/14

Produk Double StemCell halal dimakan


Assalammualaikum semua.. Hari ni aku rasa macam terpanggil sangat nak terangkan hal yang sebenarnya kepada semua.. Semua ni berkenaan isu yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM bahawa produk Double StemCell tu tidak memiliki sijil halal yang sah.. Okay, bagi menjawab isu ni, aku dah tanya salah satu (1) stokis phytoscience.. Dan ini jawapan yang aku dapat..

"Bulan 8/2013 lagi syarikat dah buat permohonan untuk sambung logo halal."
"Tapi Jakim masih tak menjalankan kerja sehingga sekarang sehingga HQ ke luar negara untuk dapatkan kelulusan South Asia Fast Halal. Bahan Kandungan Double Stem Cell ini juga adalah 100% epal dan anggur. Tiada bahan lain untuk diragui."
"Dan Double stem cell ada no KKM. KKM-163/S/25 JLD.214"

Daripada yang aku faham, merujuk pada gambar kat bawah ni yang ada logo halal tu, itu merupakan logo halal yang mana daripada sijil halal yang terdahulu.. Packaging ini dah dikeluarkan sebelum sijil halal Phytoscience tamat.. Yela, bagi mereka yang dalam industri makanan ni mesti faham macam mana proses pembaharuan sijil halal ni memakan masa yang panjang.. Jadi, janganlah salah faham yang Stem Cell ni tak halal.. Ianya halal cuma sijil halal mereka yang dah dihantar untuk diperbaharui tu belum siap untuk proses lagi..

1507024_486523938126652_959761835_n

1549541_576136495807541_1115238826_n

Ni buktinya yang Phytoscience ada sijil halal pada tahun lepas sebelum tamat pada bulan 8/2013.. Proses pembaharuan sijil halal memakan masa yang agak lama.. Macam kilang tempat ayah aku keje, masa sijil halal diorang tamat, memakan masa selama 6 bulan untuk JAKIM renew balik sijil syarikat diorang.. Tu bukan syarikat makanan supplement macam Phytosceience ni..

Photo Jan 18, 10 53 37 PM

Yang atas ni, Phytoscience tiada dalam senarai.. Sebab yang ni untuk semak sijil halal yang dah sedia ada.. Bukan yang dalam 'waiting list'.. Yela, kalau korang ada bisnes yang perlukan sijil halal dari JAKIM, lepas tu sijil korang tu korang g hantar untuk renew before dia tamat then korang kena tunggu untuk dapat sijil halal korang tu balik.. Aku nak tanya korang, adakah korang akan tutup bisnes korang sampai dapat sijil halal yang baru? Adakah korang akan tarik balik semua produk korang yang dah dipasarkan sebelum kejadian tu jadi daripada para customer dan pasaran? Tepuk dada,korang jawablah sendiri..

Aku bukan nak sebelahkan Phytoscience even aku jual dan guna Phytoscience sendiri.. Tapi aku nak menjelaskan keadaan yang sebenarnya je.. 

1513303_359092724233934_1042556154_n

1552893_3793177204195_1373227953_n

Okay, dua gambar surat yang aku tunjuk tu adalah merupakan bukti yang yuran untuk pensijilan halal tu ada.. Sebab apa ahli Phytoscience asyik tunjuk benda tu? Bukan sebab apa.. Ini nak tunjuk bukti kat semua orang yang Phytoscience dah hantar permohonan untuk sambung sijil halal.. Terpaksalah tunjukkan surat ni dulu sebab sijilnya belum dapat lagi.. Bukan Phytoscience takde buat renew sijil halal,cuma ini je bukti yang ada yang menunjukkan Phytoscience ambil berat tentang isu halal dan haram ni.. Itu je.. 

So, aku dah jelaskan apa yang patut.. Aku masih teruskan ambil Phytoscience tu sebab aku yakin yang produk tu halal.. Cuma isu kat sini, sijil halal dan logo halal yang digunakan tu je.. Isu ni sebenarnya banyak jugak berlaku dekat syarikat-syarikat lain yang melibatkan sijil halal ni.. Cuma isu tu tak diperbesarkan macam isu Phytoscience ni,tu je.. So, siapa-siapa yang ada soalan nak tanya aku, boleh inbox aku Azyan Ramle.. atau korang rasa tak puas hati dengan apa yang aku bagitahu ni, boleh komen.. Jangan malu jangan segan.. Kalau aku boleh cuba bidas aku akan bidas sebab isu ni kalau salah fahaman korang, dah boleh jatuh FITNAH! So, jagalah diri, jagalah hati dan hati-hati dengan setiap perbuatan dan percakapan,okay.. 

14 comments:

Ramle said...

T.kasih atas penjelasan ini. Moga perniagaan ini terus maju.

nora razalli said...

betul
bukan kita nak tegakkan benang yg basah cuma kita tak cepat mlatah
kan? :)

Unknown said...

@MG schmidt btl sis..tk slh menyatakan kebenaran :)

Unknown said...

saya setuju..skrg diorg xleh kait isu halal..diorg kait pulak isu KKM dan logo sirim..!!

malyna Jury said...

saya mmg nyaris nak beli produk ini.. since sis cakap skrg produk tersebut tgh renew sijil halal dan makan masa 6 bulan untuk renew sijil tu.. sbb dalam hati saya ada ragu2 status halal produk tersebut maka saya elakkan makan produk tersebut..
macam kawan blogger saya cakap "Elakkan makan syubhah untuk mengelakkan hati kita jadi gelap and makanan yang menjadi darah daging kita tu akan mempengaruhi setiap tindak tanduk kita." kalo orang tu tak ragu2 itu atas orang itu.. so kita tak yah nak bidas produk apa2.. kalo kita ragu2 baik tak yah.. kalo kita rasa okey , kita teruskan.. tak perlu ada argue dlm hal ini.. islam itu mudah kan sis? so kepada orang kat luar, jgn nak kondem orang lain mcm kita je betul.. semua terletak pd diri kita.. kawan saya jual produk ini.. saya takde serang dia bile dia promote produk inikat saya dgn cakap "oit ini produk tak halal" cuma saya kat dia.. saya ragu2 dengan status halal dia.. once jakim bg sijil halal balik or jakim update status halal produk tersebut... saya rasa tak slh saya mencuba produk yang halal dan baik dalam islam.. tak gitu sis?
salam perkenalan..

Freedom Of Speech said...

Assalam. Isunya disini ialah penggunaan sijil halal tanpa kebenaran. Dari segi produk, makmal KKM sendiri mengesahkan tiada unsur haiwan dikesan dalam sample yg dikaji. kilang yg mengeluarkan produk ini juga mempunyai sijil halal kerana mengeluarkan pelbagai produk kesihatan yang lain. Untuk pengetahuan, produk ini dtg dari Switzerland dan dipek semula di malaysia. Produk ini juga telah mendapat kebenaran utk jualan di singapore kerana tiada unsur racun atau logam. Perlu diingatkan sgt susah utk mendapat kebenaran pasaran di Singapore kerana pemeriksaannya yg sgt ketat. Ramai yg telah mencuba produk ini dan kesannya sgt baik dan berbeza kebaikannya berbanding produk lain. Produk ini membantu membuang toksin dan membaiki fungsi organ seterusnya dpt meningkatkan kesihatan pengguna. Apa yg pihak syarikat perlu buat ialah memohon maaf dan cuba mendapatkan sijil halal dari JAKIM seberapa segera. Wassalam..

Unknown said...

bila dlm hati ada niat lain, bagi lah apa2 penerangan pun, geng2 mcm ini tetap akan mncari apa2 sajer yg boleh menimbulkan kekeliruan org ramai.. Apa yg sy jumpa, hampir 99% dr org yg menhentam produk dsc ni ialah mereka yg aktif dgn Produk lain.. so bleh nmpak, mereka bukan nye org yg beto2 prihatin, tp sakit hati..:)

azza said...

Betul..sy sgt setuju..berhadapan dgn org2 yg suka kindem tnp fakta dan lbih memalukan lg dgn fakta yg salah.sy baru nk berkongsi ttg pglmn sy mgunakan double stemcell ni tp ada manusia spesis anti produk ni kate stemcell hny ada pd haiwan dan manusia.sy hny gelak sendiri.kesian sgt.ilmu x bnyk mane nk jatuhkan org lain je niatnya.x perlu dilayan org mcm ni.mereka x nak amalkan x jd masalah tp tlg jgn tuduh tnpa usul periksa..sy pengguna setia double stemcell =)

Unknown said...

assalamualaikum , sy juga berminat ingin menceburi bisnes yg digiatkan oleh syarikat phytoscience ini . jika benar seperti yg saudara katakan , boleh saudara selitkan beberapa gambar sijil halal yg sebelumnya tamat tempoh untuk pembaharuan . tiada niat buruk .. sekadar mahukan pengesahan , minta maaf klau persoalab ini menyinggung perasaan mana mana pihak .

Unknown said...

@fatin amalina salam ukhwah yunk..maaf diatas kelewatan sy reply komen anda..agak lama tak bukak blog..heh..dah berhabk dah.betul tu sis.. if kte ragu-rag even dgn air mineral sekali pown,better jgn diambil sebab blh jatuh syubhah.. Bila dah jatuh syubhah,if kte amek jugak maka boleh gelaplah hati kte sbb kte ambil benda yang dah sah2 jatuh hukum syubhah..tkpe,tk slh if sis nak mencuba produk ni sbb setakat yang yan cuba,alhamdulillah berkesan utk segugut yan..so,yan tk pena rgu-ragu dgn produk ni..n inshallah,untuk merasa ragu tu mngkin jauh sekali ^_^ nauzubillahminzallik

Unknown said...

@Freedom Of Speech terima kasih diatas keterangan encik..mungkin seeloknya encik utarakan hal ini kepada pihak pythosience itu sendiri..sy hanya menjalankan tanggngjawa sy selagi mana yang sy termampu.. :)

Unknown said...

@Raziei Md.Rahim nauzubillajminzallik.. sy tak boleh nak komen tentang hal tu,saudara..mungkin ada benarnya atau mungkin tidak.. mngkin keprihatinan mereka itu yang membuatkan mereka trpanggil utk menyedarkan org ramai mengenai isu ini :)

Unknown said...

@azzza alhamdulillah sis..hehe..btl tu..kdg kala org keliru dgn fakta yang mereka dpt dan susah nk adapt dlm diri mereka.. sedangkan masa belajar sains dulu pown cikgu ada ajar stemcell pd bawang..so,stemcell tu bukan shj ada pd manusia dan haiwan..tp pd semua hidupan didunia ini.. ^_^

Unknown said...

@amirul firdaus wasalam..alhamdulillah jika saudara berminat.. maaf,utk lampiran sijil halal ni,saudara boleh cuba minta pd pihak phytoscience itu sndr..kami hanya pegang produk dan tidak sijil halal..sijil halal hanya boleh dipegang oleh company tersebut shj..bukan agentnya :) *maaf diatas kelewatan*